» » Annuar Musa bakal pengerusi PAC?


Tan Sri Annuar Musa disebut-sebut dipilih oleh Barisan Nasional (BN) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Beliau dikatakan bakal menggantikan kedudukan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

Difahamkan Annuar sudah pun dipanggil bagi tujuan pelantikan tersebut.

Spekulasi tersebut didakwa hampir pasti memandangkan Ahli Parlimen Ketereh itu tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam agensi milik kerajaan selepas kontraknya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) berakhir pada 17 Julai lalu.

Selain beliau, Datuk Seri Noh Omar juga turut dikaitkan bakal dilantik sebagai anggota PAC, bagi mengisi tiga jawatan kosong selepas anggota yang mewakili BN dalam PAC, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau turut dilantik dalam barisan Kabinet baru.

Berikutan pelantikan itu, PAC tidak dapat meneruskan prosiding 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya bersambung pada 4 dan 5 Ogos ini dengan memanggil Datuk Shahrol Halmi dan Arul Kanda.

PAC yang baru memulakan prosiding 1MDB pada 19 Mei lalu setakat ini telah memanggil Ketua Setiausaha Perbendahaaraan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi, Dr. Rahmat Bivi Abdulla, selain dua firma audit.

Prosiding PAC dijangka bermula selepas Dewan Rakyat bersidang pertengahan Oktober ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .