Dilema politik negara hari ini adalah perseteruan 2 kelompok utama dalam Umno. Bagi mereka yang mahir dan masak dengan politik Umno selama 50 tahun, pertarungan dalaman Umno jauh lebih sengit berbanding politik nasional secara amnya.
Disebabkan hegemoni Umno yang besar, sebarang implikasi politik dalaman Umno akan memberi kesan pada politik negara.
Apabila peguam Negara dipecat, 5 orang menteri pegawai penyiasat SPRM ditukar serta merta, pengarah Cawangan Khas dilucutkan jawatan dan ibu pejabat polis Bukit Aman terbakar, kita tahu Umno sedang berperang.
Pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengajak pembangkang melakukan undi tidak percaya perlu diperhatikan dengan bijaksana. Membiarkan keadaan ini bermaharajalela adalah bacul bagi pemimpin rakyat, menyerah negara pada proksi Dr Mahathir pula hanya akan menambah derita rakyat.
Harapan Baru dan PR 2.0 perlu mendidik rakyat, Rule of Law yang dicabuli Umno adalah punca kepada masalah hari ini.
Rakyat perlu dididik, SPRM sebenarnya mempunyai kuasa menyiasat sesiapa sahaja. Badan kehakiman dan perundangan mesti dipisahkan dan bebas dari kuasa eksekutif.

Pemisahan kuasa ini adalah perinsip yang boleh menjamin hak setiap rakyat dalam sebuah negara yang merdeka. Hak setiap rakyat adalah dijamin sebuah negara yang adil.
Ini adalah erti kemerdekaan sebenar yang kita mahukan. Ini diungguli Saidina Umar dalam sejarah Islam dalam ucapan perlantikan beliau sebagai ketua negara.

Apabila ditanya kepada rakyat apa yang akan dilakukan sekiranya beliau menyalahgunakan kuasa? Seorang pemuda bangun menyatakan akan membetulkan Umar dengan mata pedang jika beliau menyalahgunakan kuasa.
Sudah tentu, bukan mata pedang yang menjadi fokus, tetapi kebebasan rakyat dan keadilan sosial yang menjamin hak ‘man on the street’. Umar berterima kasih dan gembira kerana ada rakyat beliau yang berani menegurnya.

Umar tidak memindahkan pemuda itu ke jabatan lain, tidak juga mengutus surat pencen atas alasan tidak sihat dan tidak ada balai polis yang terbakar.
Tidak ada juga orang kanan Umar menuduh pemuda itu sebagai cuba menggulingkan Umar mengikut jalan belakang! Tidak ada mufti mempertahankan Umar hanya sebab ia pemimpin! Inilah hak rakyat.
Sejarah tamadun China beribu tahun juga ada usaha menggunakan ‘Rule By Law’. ‘Rule by Law’ meletakkan kumpulan aristokrat dan pemimpin berada di atas undang-undang.

Analogi mudah, kalau kakitangan awam mendapat suapan/habuan yang mencurigakan, SPRM sudah tentu akan buka fail. Tetapi apabila pemimpin melakukan perkara yang sama, ia adalah hak peribadi pemimpin. Sounds familiar bukan?
Ini diungkapkan Thomas Paine dalam Common Sense, undang-undang adalah Raja. Dalam sebuah kerajaan mutlak, Raja (pemimpin) adalah undang-undang. dalam sebuah negara merdeka, undang-undang adalah raja, dan tidak ada selain dari itu.
(The law is the king. For as in absolute governments, the King is law, so in free countries the law ought to be king; and there ought to be no other.)
Penjawat awam perlu faham, mereka adalah tonggak pentadbiran negara. Mereka berhak melaksanakan tugas tanpa tekanan politik.

Rakyat perlu faham, mereka membayar cukai dan menjadi warganegara yang baik. Mereka berhak bertanya tindak tanduk pemimpin mereka tanpa ditakutkan sesiapa.
Tidak ada sesiapa hatta yang bernama Khalifah yang tidak tertakluk kepada undang-undang.
Pertahankan ‘Rule of Law’.
Inilah erti kemerdekaan kita yang sebenar. Inilah erti Jalur Gemilang dikibarkan.

No comments: