» » Dakwa ada usaha sembunyikan saksi skandal 1MDB dengan bantuan "kuasa-kuasa tertentu"


Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador hari ini mendakwa terdapat usaha untuk menyembunyikan saksi utama 1MDB dengan bantuan "kuasa-kuasa tertentu".

Tanpa memberi maklumat secara terperinci, Abdul Hamid mendakwa salah seorang saksi utama itu sebelum ini bersembunyi di Indonesia dan Thailand.

Bagaimanapun, Abdul Hamid mendakwa salah seorang saksi itu kini berada di New Zealand untuk menyembunyikan dirinya.

"Ada usaha untuk sembunyikan saksi utama 1MDB. Mereka ialah saksi yang dikehendaki oleh SPRM.

"Salah seorang saksi utama telah berjaya larikan diri. Mula-mula ke Indonesia, kemudian Thailand. Sekarang dia bersembunyi di New Zealand.

"Ada usaha (supaya) saksi menyembunyikan diri dengan bantuan kuasa-kuasa tertentu," katanya dalam sidang media hari ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .