» » Jangan gunakan isu wang RM2.6 bilion untuk alihkan perhatian umum dalam kes siasatan skandal 1MDB


Nurul Izzah Anwar mengingatkan Datuk Seri Najib Razak agar tidak menggunakan isu pengisytiharan dana politik bagi "menukar topik" dalam kes siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1Malaysia Development Berhad).

Naib presiden PKR yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, beliau berhasrat membincangkan mengenai siasatan 1MDB dan penglibatan perdana menteri dalam kes itu pada sesi Parlimen akan datang.

"Saya nak tahu apa jadi kepada badan siasatan khas terhadap perdana menteri mengenai 1MDB," katanya kepada pemberita sewaktu menyambut ulang tahun hari jadi bapanya yang ke-68 di luar Penjara Sungai Buloh hari ini.

"Saya sendiri pelopor reformasi pembiayaan dana politik. Tak ada isu. Tapi, jangan tukar topik separuh jalan. Tak sampai seminggu, dah tukar tajuk berkali-kali dah," katanya.

Sabtu lalu, Najib berkata Umno sanggup membentangkan akaun parti mereka dengan syarat pembangkang turut melakukan perkara yang sama.

Presiden Umno itu berkata beliau sanggup berbuat demikian pada bila-bila masa memandangkan setiap dana yang diterima semata-mata untuk kepentingan parti, bukan peribadi.

"Pembangkang ini baik sangat ke? Kalau nak tahu segala-galanya dia pun kena terangkan dia dapat dana dari mana... jangan tuduh saya dan tuduh Umno saja, tapi dia (pembangkang) syok terima (dana).

"Dia boleh tahan juga, apa yang saya tahu, macam-macam juga masuk," katanya.

Najib berkata sebagai perdana menteri, beliau bertanggungjawab atas apa yang dilakukan.

“Jangan kata saya jual negara. Saya tidak akan jual negara," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .