» » Janda curi sepeket MILO diPenjara 3 hari dan diDenda RM200


Tindakan seorang ibu tunggal mencuri sepeket Milo berharga RM35.50 tiga hari lalu memakan diri apabila dia dihukum penjara tiga hari dan denda RM200 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Mohd Rehan Mohd Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu terhadap Sri Mahera Aliyes, 31, selepas tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan kepadanya.

Wanita itu turut berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri sepeket Milo seberat dua kilogram di sebuah pasar raya di Jalan Thambipillay, Brickfields jam 8 malam, 17 Ogos lalu.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .