Penolong pengarang akhbar itu edisi Ahad Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain berkata dengan kewujudan tangan ghaib dalam SPRM ia membina persepsi mungkin hasil siasatan tidak begitu "menggembirakan".
“Kalaupun pertukaran perlu dilakukan, kenapa tidak menunggu Pengarah Operasi Khas SPRM, (Datuk) Bahri Mohamad Zin menyelesaikan siasatannya?
“Daripada ini kita boleh membuat kesimpulan Bahri sangat 'bernilai' untuk disenyapkan.
“Ia memperlihatkan satu tindakan terdesak, panik, tidak ada strategi dan seterusnya memberikan gambaran tentang wujudnya ‘dalang’ dan tangan-tangan ghaib membantutkan siasatan yang sudah memakan masa yang lama,” katanya.
Ku Seman berkata segala kerja mulia dan pengorbanan warga SPRM akan menerima sanjungan rakyat dan rakyat tidak akan mudah tertipu dengan dakyah yang dimainkan pihak tertentu.
Katanya, rakyat menyedari tugas menentang rasuah bukan sesuatu yang mudah dan rakyat akan mendoakan keselamatan warga SPRM.
“Kepada warga SPRM, kerja mulia dan pengorbanan anda, kami rakyat marhaen yang disangka dungu ini sentiasa menyanjunginya.
“Walaupun kami ini marhaen dan tidak ada kuasa tetapi tidak mudah ditipu atau tertipu,” katanya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata siasatan melibatkan SPRM berhubung kes kebocoran maklumat yang disiar dalam portal Sarawak Report akan ditangguhkan sementara.
Katanya, walaupun lebih ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan, kes itu ditangguhkan untuk mengelak pelbagai andaian dan persepsi awam.
"Dengan berbagai andaian yang dibuat dan persepsi, saya mengarahkan supaya kita tangguhkan sementara (siasatan kes itu)," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Ditanya sampai bila siasatan kes itu akan ditangguhkan, Khalid berkata: "Kita tengoklah...saya tidak mahu rakan-rakan saya di SPRM menganggap kami membuat harrassment (penderaan)".
Khalid berkata polis tidak sekali-kali berniat untuk mengganggu apa juga siasatan yang dilakukan apatah lagi menyasarkan mana-mana institusi lebih-lebih lagi SPRM.
"Kami pula tidak ada pilihan, kami tidak boleh membuat siasatan pilihan, kami tak boleh buat macam tu...apabila kami mendapat laporan kami terpaksa menjalankan tanggungjawab kami tambahan pula ini satu laporan yang amat serius.
"Kami perlu lengkapkan siasatan itu dan menyerahkan kepada peguam negara biar beliau yang membuat keputusan.
"Pertuduhan ini bukan dilakukan oleh satu institusi tetapi oleh individu-individu yang kami cari yang kami perlu siasat...saya tidak mahu bermasam-masam muka antara PDRM dan SPRM kerana ini sesungguhnya tidak baik untuk negara, untuk pasukan penguat kuasa," katanya.
sumber



No comments: