» » Dr Mahathir tidak percaya 3 juta ahli Umno sokong Najib Razak terutama selepas skandal RM2.6 bilion terbongkar


Tun Dr Mahathir Mohamad tidak percaya semua 3 juta ahli Umno menyokong Datuk Seri Najib Razak seperti didakwanya sebelum ini, malah ahli parti Melayu itu sendiri secara terbuka mengkritik presidennya.

Dr Mahathir berkata daripada perkembangan semasa khususnya menerusi Internet dan media sosial, beliau tidak merasakan majoriti ahli Umno menyokong perdana menteri itu.

"Kalau kita baca dalam Internet, Twitter dan sebagainya, orang ramai suruh dia berhenti (letak jawatan), ramai yang suruh itu juga ahli Umno sendiri.

"Saya pun ahli Umno juga," kata Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri dan presiden Umno pada sidang media selepas sesi dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman di Kajang, Selangor hari ini.

Walaupun Najib dikatakan mendapat sokongan daripada ketua bahagian yang sudah menyatakan pendirian mereka berdiri di belakangnya, Dr Mahathir berkata ia disebabkan kerana peruntukan yang diberikan kepada setiap pemimpin akar umbi tersebut.

"Najib sudah mengaku memberikan wang kepada orang (ketua bahagian) dan mempersoalkan mengapa mereka tidak menyokongnya.


"Mereka sudah dapat wang jadi sebab itu mereka menyokongnya. Jika tidak ada wang mereka tidak menyokongnya," kata Dr Mahathir.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .