» » Apa yang dimaksudkan oleh orang nombor 2 dalam SPRM , "TIDAK SELAMAT UTUK SAYA BERSUARA SEKARANG" ?


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull berkata beliau tidak yakin keadaan semasa "selamat" untuk beliau mengutarakan sebarang pendapat berhubung operasi agensi itu sekarang ini.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui pemberita sejurus tiba dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.

"Ia tidak selamat. Terima kasih datang. Saya akan bagi kenyataan kemudian.

"Ada banyak perkara perlu diselesaikan," katanya kepada pemberita yang menanti beliau di balai ketibaan KLIA sejak pukul 9.30 malam.

Shukri tiba di Malaysia malam ini selepas menamatkan lawatan selama 10 hari ke Amerika Syarikat.

Kelihatan menunggu beliau di lapangan terbang adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan.

Sebaik tiba, Shukri meluangkan masa bertemu dan berbincang dengan Mustafar dan Low di ruang istirehat orang kenamaan KLIA.

Kelibat beliau juga kelihatan dikawal rapi dengan kehadiran sekurang-kurangnya 6 orang pengawal keselamatan memakai jaket berwarna hitam - satu senario yang agak luar biasa buat mana-mana pegawai kanan tertinggi kerajaan.

Kumpulan pengawal yang sama juga sebelumnya membentuk tembok manusia di hadapan pintu masuk ruang istirehat kenamaan sewaktu menunggu Shukri mendarat di KLIA.

Mereka kemudian membentuk perisai manusia mengelilingi Shukri sewaktu beliau berjalan menyukarkan wartawan-wartawan yang menunggu bagi mendekatinya bertanyakan soalan dan merakam gambar.

Sebahagian pengawal itu turut bertindak menepis kamera jurugambar yang cuba merakam kelibat Shukri sewaktu beliau berjalan keluar dari bilik istirehat ke kenderaan yang menantinya di pintu berhampiran pagar berlepas.

Shukri yang melangkah dengan tenang ke kereta yang menantinya sekadar melambaikan tangan ke arah wartawan sambil mengeluarkan kenyataan ringkas di atas.

Shukri sebelum ini menarik perhatian ramai apabila menggesa 2 pegawainya yang ditukar ke Jabatan Perdana Menteri dikembalikan ke SPRM.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .