» » Adakah Najib Razak ada kepakaran mengurut Putera Raja Arab sehingga dapat bayaran RM2.6 bilion ?


Isu pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Najib yang berjumlah RM 2.67 bilion terus menarik perhatian semua pihak dalam atau luar negara. 

Ulasan dan penjelasan pemimpin politik Umno BN termasuk Najib makin mengelirukan dan menjadi bahan lawak jenaka di kalangan rakyat. 

Saya percaya jika ia dijadikan skrip atau bahan utama lawak untuk Pertandingan Maharaja Lawak sudah pasti akan dinobatkan sebagai lawak terbaik musim ini.

Apa yang diperlukan ialah penjelasan yang sejujurnya daripada Najib, apakah status sebenar wang yang dimasukan ke dalam akaun peribadi beliau. Sumbangan derma (donation) atau bayaran (payment) yang diterima beliau daripada pengirim? 

Mustahil beliau tidak mengetahui siapa pengirim dan apa tujuan kiriman wang tersebut ke dalam akaun beliau?

Berdasarkan pendedahan terbaru Sarawak Report seperti borang pemindahan wang MT 103 yang disyaratkan untuk diisi pengirim jelas menunjukan perkataan di bahagian "remittance information" ialah "Partial Payment" (separa bayaran) bagi borang yang pertama untuk kiriman pertama bertarikh 21 march 2013 .


Bagi borang yang kedua di bahagian yang sama tercatit perkataan "Second Part For Final Payment" (bayaran akhir) untuk kiriman bertarikh 25 march 2013 ke akaun persendirian milik Najib di Aam Islamic Bank.

Najib perlu menjelaskan bayaran tersebut daripada siapa dan untuk kerja apa dan adakah bayaran tersebut dibayar atas apa-apa kerja dan perkhidmatan yang diberikan Datuk Seri Najib? 

Apakah kepakaran yang ada pada Najib sehingga beliau boleh menghasilkan pendapatan yang begitu lumayan?
Apakah beliau memiliki kepakaran mengurut dan menyedia perkhidmatan mengurut untuk Putera Raja di Timur Tengah sehingga mendapat bayaran RM 2.67 bilion? 

Saya harap Najib dapat berkongsi idea dan pengalaman pekerjaan serta perkhidmatan yang beliau ada dengan rakyat Malaysia agar lebih ramai rakyat Malaysia mencapai tahap berpendapatan tinggi. 

Maka tercapailah hasrat untuk melihat Negara berpendapatan tinggi.

Rakyat Malaysia sedang menanti penjelasan Najib derma atau bayaran. 

Jika bayaran untuk untuk kerja dan perkhidmatan apa , yang dilakukan Najib sehingga mendapat bayaran yang lumayan RM 2.67 bilion ?



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .