» » UMNO Johor mahu suara akar umbi didengari dan diberi perhatian bagi tangani cabaran parti


Umno Johor mahu suara akar umbi sentiasa didengari terutama ketika parti kini berhadapan dengan cabaran getir.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai sebuah parti yang terbuka, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menahan sesiapa untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

"Pokoknya, saya percaya pelbagai pihak ada pandangan dan ingin menyuarakan pendapat masing-masing.

"Malah sebagai sebuah parti yang terbuka, kita tak akan menahan sesiapa daripada berkata apa sahaja... kita ambil sikap terbuka," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama pembangunan hab latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang bakal dibangunkan di daerah ini, di Kota Tinggi hari ini.

Mohamed Khaled, yang juga menteri besar Johor, berkata demikian ketika mengulas cabaran politik yang sedang melanda Umno dan kerajaan BN terutama berkisar isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap menutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras, menggesa kerajaan segera memberi penjelasan muktamad berhubung kontroversi membabitkan 1MDB bagi menamatkan kekeliruan rakyat dan memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada Umno.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .