» » Tindakan harus diambil terhadap pelaku yang edarkan pertuduhan palsu terhadap Najib Razak


Tindakan harus diambil terhadap pelaku, yang mengedarkan pertuduhan palsu terhadap Datuk Seri Najib Razak, memandangkan perkara itu melampaui politik dan melibatkan keselamatan negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak (gambar, kiri) membuat desakan itu berikutan dokumen palsu itu menjadi viral di Internet dan media sosial.

Beliau berkata dokumen itu adalah kertas pertuduhan palsu terhadap perdana menteri yang peguam negara sebelum ini didakwa sedang menyiapkan pertuduhan tersebut.

"Dokumen ini hanyalah rekaan dan dakwaan semata-mata, satu penipuan bertujuan mencetuskan kekacauan.

"Tindakan seperti ini adalah berbahaya kerana ia bukan sahaja tentang fitnah bertulis atau fitnah tetapi ugutan untuk menimbulkan kekacauan," katanya dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.com hari ini.

Beliau berkata disebabkan implikasi dokumen berkenaan, ia menjadi viral dan ramai orang bercakap mengenai isu tersebut.

Katanya, Sarawak Report, yang mendedahkan dokumen itu, mendakwa draf kertas pertuduhan itu diberi kepada mereka oleh sumber dalaman dan ia mengesahkan kesahihan dokumen itu dengan “pihak atasan” yang lain.

Beliau berkata Sarawak Report membayangkan dokumen itu adalah tulen.

"Berita yang mereka cuba putar belitkan ialah peguam negara akan menahan perdana menteri pada hari sama beliau dipecat, bermaksud ini merupakan sebab peguam negara dipecat.

"Tuduhan seperti itu sudah pasti akan mengecewakan ramai orang dan menjadikan mereka amat marah dan mungkin akan mencetuskan kekacauan di negara ini," katanya.

Beliau menggesa agar tindakan diambil untuk memelihara undang-undang dan menjamin rakyat Malaysia keselamatan mereka tidak diletakkan dalam bahaya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .