» » Kertas pertuduhan palsu buktikan adanya konspirasi jatuhkan Najib Razak


Pejabat Peguam Negara menafikan kewujudan kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak, dan dakwaan itu menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri menggunakan kesalahan jenayah, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Peguam negara yang baru dilantik itu berkata plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan.

“Kertas pertuduhan yang dikatakan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan perdana menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat,” kata Apandi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pasukan petugas khas yang menyiasat skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum melengkapkan siasatan maka tidak mungkin kertas pertuduhan dapat disediakan lebih awal.

"Tuduhan warga asing Clare Rewcastle-Brown dalam blog politik Sarawak Report tidak benar."

Katanya, kertas pertuduhan yang didedahkan itu tidak pernah sampai kepada Jabatan Peguam Negara malah format dokumen berkenaan tidak betul sebagaimana yang ditulis abatan berkenaan.

"Peruntukan penuh undang-undang akan digunakan tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah," katanya.

Dalam posting terbaru Sarawak Report semalam mendedahkan kertas pendakwaan dikatakan disediakan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap perdana menteri dan bekas pengarah urusan yang ditahan pasukan petugas khas dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .