» » Suspek keempat dalam skandal 1MDB direman SPRM


Seorang lagi suspek ditahan reman hari ini, selama 4 hari, individu keempat ditahan berhubung siasatan ke atas syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa Datuk Rosman Abdullah, pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan dan pembangunan, ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini pada kira-kira pukul 10.15 pagi bagi prosiding reman.

Pendakwa SPRM memohon perintah tahanan reman selama 7 hari tetapi mahkamah hanya membenarkan 4 hari.

Beliau daripada syarikat yang sama dengan Jerome Lee, yang ditahan pada Selasa, juga berhubung siasatan 1MDB, dan diikat jamin RM100,000 semalam.

Maklumat dalam talian menunjukkan Lee, 39, ialah pengarah eksekutif kumpulan syarikat pembinaan Putrajaya Perdana Berhad, dan difahamkan beliau sebelum ini bekerja sebagai pengarah pelaburan dengan 1MDB.

Lee juga dikatakan berurusan dengan SRC International Sdn Bhd, yang kini dimiliki oleh Kementerian Kewangan tetapi pernah menjadi anak syarikat 1MDB.

Syarikat itu juga disebut dalam tuduhan The Wall Street Journal sebagai salah satu entiti yang terlibat dalam aliran wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, mahkamah hari ini membebaskan Datuk Shamsul Anwar Sulaiman dari Ihsan Perdana Sdn Bhd dengan ikat jamin. Reman 5 hari beliau berakhir esok.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman menetapkan ikat jamin RM100,000 untuk Shamsul Anwar dengan 2 penjamin.

Rosman dan Ariffin Ismail Shahul Hameed adalah yang kini masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan.

Ariffin, 28, pemilik sebuah syarikat perdagangan, ditahan reman semalam selama 4 hari selepas ditahan pada malam Khamis.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .