Pemuda Umno berkata, pasukan siasatan khas, Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat 1MDB perlu diberi masa dan ruang menjalankan tugas dengan bebas tanpa ada campur tangan.
"Rakyat perlu kebenaran dalam isu ini melalui proses siasatan yang sedang berlangsung oleh pasukan siasatan khas, Jabatan Audit Negara dan PAC.
"Institusi tersebut perlu diberikan masa dan kebebasan menjalankan tugas mereka tanpa sekatan mahupun provokasi mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Walaupun akur dengan kuasa prerogatif Najib, Pemuda Umno berharap rombakan Kabinet tidak dijadikan alasan mana-mana pihak memecah-belahkan parti.
Katanya, Umno memerlukan seluruh pemimpin dan ahlinya bersatu menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.
"Sekarang hanya tinggal kurang 3 tahun sebelum pilihan raya umum akan datang.
"Inilah masa untuk kita bersatu, menggembleng tenaga dan menyatukan hati untuk membuktikan tradisi parti yang membela rakyat masih subur di kalangan ahli," katanya.
Mengenai Muhyiddin dan bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal yang digugurkan daripada Kabinet semalam, Pemuda Umno berkata mereka tetap menghormati 2 pemimpin itu sebagai timbalan presiden dan naib presiden parti.
"Pemuda Umno berharap dengan rombakan ini, kerajaan dapat diperkukuhkan lagi untuk mengembalikan keyakinan rakyat dengan membuktikan amanah yang dipikul tidak sesekali dikompromi dan kepentingan rakyat sentiasa didahulukan," katanya.
Najib dalam pengumuman semalam menganggap penyingkiran Muhyiddin satu keputusan sukar tetapi perlu dibuat atas alasan mahu memperkukuhkan barisan menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang dijanjikan oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pada PRU13,” katanya.
Timbalan perdana menteri digantikan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
sumber
No comments: