» » Selamat jalan ketua penyamun terbesar Malaysia!


Tidak perlu penafian
sekadar separuh benar

Atau gertakan dan amaran
mempergunakan undang-undang

Kerana najis telah menyelimuti
membusuk ke pelosok bumi

Bangkai tubuh dan kerangka
sistem dan struktur yang punah

Oleh kebobrokan perjuangan
politik bangsat ketuanan

Kebaculan parti kebangsaan
yang membunuh demokrasi

Secara feudalisme dan dogma
sehingga tergadai kedaulatan
atas nama pembangunan material.

Selamat Jalan Penyamun
penjenayah geng songkok tinggi

Pengkhianat yang wajib direjam
tangan dan anu dipotong-potong

Di bawah peruntukan hudud
cukuplah merompak dan berbohong

Menyalahgunakan kuasa
mempertahankan kebatilan

Menghalalkan apa sahaja
demi survival para penjenayah elit

Yang sekian lama bermaharajalela
disorak sebagai wira dan pahlawan

Bersama propaganda sundal
meratah kebenaran realiti

Untuk marhaen yang terkorban
dari generasi ke generasi.

Kami rakyat telah lama menanti
dalam pilihan raya berat sebelah

Majoriti yang memberi undi
menyahkan politik lapuk hipokrit

Kepimpinan haprak yang berkuasa
melalui perompakan dan pembohongan

Mengabui dengan pelbagai justifikasi
wasatiyyah dan transformasi

Slogan kosmetik berwajah setan
untuk terus berkuasa

Dengan wang dan harta
dari Cayman Islands ke Switzerland

Mengumpul bilion-bilion dana
sebagai lambang kejayaan

Negara maju berpendapatan tinggi
yang muflis dan tergadai!

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .