Dari mana hendak ke mana mahu aku mulakan surah ini, aku sendiri pun tidak tahu.
Cuma apa yang aku tahu sekarang ini hanyalah penamat dan tali gantung untuk Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Putrajaya hampir sampai menjemput.
Adapun kalau Najib melarikan diri dari Putrajaya dan kembali ke kampungnya di Pekan, apa jaminan nasib buat kesayangan Datin Seri Rosmah Mansor ini tidak akan berakhir di Penjara Sungai Buloh, sekali bertapa menuntut ilmu bersama rakannya Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Tidak ada jaminan buat Najib untuk tidak menjadi Anwar Ibrahim 2.0. Hendak diharapkan Tan Sri Muhyiddin Yassin datang memagari, ianya tidak mungkin.
Sedangkan hendak mengukir senyuman itu pun Muhyiddin tidak mampu. Inikan pula mahu membela Najib dan Rosmah. Melainkan Muhyiddin hanya mampu diam seribu bahasa di samping enak berdengung duduk di kerusi empuk di singgahsana Putrajaya.
Mengikut surah orang di kampung, jalan cerita dan nasib Najib diatur dan dicatur pada masa ketika beliau menjawat jawatan timbalan perdana menteri suatu ketika dahulu dan menjadi menteri pertahanan.
Pusing punya pusing, kira akan terdengar tentang kisah di mana pembelian kapal selam Scorpene melibatkan syarikat yang dikenali Najib iaitu Perimekar Sdn Bhd yang dikisahkan menerima komisyen daripada pembelian tersebut.
Kita juga akan terjumpa dengan cerita mahkamah Perancis memulakan inkuiri terbuka menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat di dalam skandal tersebut, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar.
Ini namanya tekanan.
Kita tidak pasti sejauh mana peranan Najib di dalam skandal kapal selam ini. Dan kita juga mendengar cerita serta persoalan sama ada pembunuhan Altantuya yang mati dibunuh dan diletupkan dengan C4 ada kaitan dengan komisyen kejayaan urusniaga pembelian kapal selam terbabit.
Sama ada Najib terlibat atau tidak, ia bukan perkara utama. Apa yang penting, Najib harus kekal panik dan menggelupur ketakutan. Ini belum mengambil kira hujah Sirul Azhar Umar yang mahu mendedahkan dalang segala dalang yang membayangi kes pembunuhan wanita Mongolia tersebut.
Untuk apa Najib harus takut dan menggelupur, akan saya surahkan kemudian.
Ini namanya tekanan.
Dalam polisi pemerintahan Barisan Nasional, sesiapa sahaja yang menjadi timbalan perdana menteri akan diangkat menjadi calon perdana menteri Malaysia, melainkan dia terbabit dipenjarakan terlebih dahulu sebelum sampai waktu naik pangkat lagi seperti Anwar.
Sampailah orang yang digantikannya meletak jawatan mahupun dipaksa meletak jawatan seperti mana yang berlaku kepada Tun Abdullah Badawi.
Jangankan kumpulan (think tank) yang dibayar barat untuk berfikir dan merencana strategi, budak tadika pun faham situasi tersebut.
Maknanya, Najib sewaktu menjadi timbalan perdana menteri harus diberi cukup makan sehingga gemuk, sebelum dijerut dan disembelih semasa cukup tahun menaiki puncak tatkala menjadi perdana menteri.
Cuma masalahnya, kita tidak diberitahu masa dia disembelih, sama ada semasa Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Korban.
Dengan kes kapal selam dan komisen yang berjuta serta kes Altantuya yang masih mengganggu tidur Najib, membelenggu sehingga kini, bermakna pada 2015 Najib akan terus menjadi sasau serta tidak keruan.
Segala kisah songsang tentang 1MDB, pendedahan yang dibuat The Wall Street Journal (WSJ) dan ejen pembocor maklumat Ibrahim Ali, oppss... salah... ejen pembocor maklumat Sarawak Report, membimbangkan Najib.
Ini namanya tekanan.
Baru-baru ini kita berjumpa dengan ratapan anak kepada pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, dan mendakwa dalang di sebalik pembunuhan itu masih lagi bebas.

Sama ada kebetulan atau tidak, itu saya juga tidak tahu. Kita membaca dakwaaan laporan WSJ tentang akaun AmBank menerima lebih RM2.6 billion merupakan akaun peribadi Najib yang diterima daripada cabang perniagaan dan rakan 1MDB.
Akaun Ambank Najib yang didakwa diisi dengan wang lebih daripada RM2.6 billion ada perkara lain yang menarik untuk dibedah.

Seperti mana yang saya kisahkan tadi, cerita ini sama ada betul atau sebaliknya, adalah tidak lagi penting.
Apa yang lebih penting ialah Najib akan berterusan menjadi sasau.
Ini adalah tekanan.
Pada Disember 2014, Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) memetik industri kelapa sawit negara yang mendatangkan hasil RM80 billion setahun kepada kerajaan menggunakan tenaga kerja kanak-kanak.
Walaupun Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata kaji, selidik 6 bulan yang siap Jun 2014 membabitkan 68 ladang dan syarikat kecil di beberapa negeri mendapati tidak ada buruh paksa atau kanak-kanak dalam sektor kelapa sawit.
Industri kelapa sawit adalah komponen terbesar dalam sektor pertanian dan di antara sumber pendapatan hasil eksport tertinggi, walaupun harga minya sawit global adakalanya turun naik.
Berita ini mengundang maksud minyak sawit negara boleh dikenakan sekatan oleh barat dan sekutunya EU dan kehilangan hasil eksport. Ini adalah siri serangan yang membuatkan Najib bertambah cemas.

Ini merupakan ucapan salam daripada barat sebelum presiden Amerika Syarikat, Barack Obama datang berjumpa Najib di Putrajaya. Ini adalah tekanan.
Semasa Kelantan ditimpa banjir yang maha dashyat, Najib sempat bermain golf atas jemputan Obama di Hawaii. Jemputan memukul kayu golf adalah manifestasi dan cerminan sebuah kegagalan di meja rundingan di antara Obama dan Najib semasa di Kuala Lumpur.
Bermakna pukulan golf membawa definisi mendapatkan pertimbangan, bagi mencapai objektif dan matlamat yang asal.
Sikap dolak bin dalih Najib ini bukan sahaja membuatkan rakyat Malaysia menjadi geram, bahkan barat juga panas hati.
Kita lihat bagaimana sikap dolak dalih Najib yang mahu memansuhkan Akta Hasitan 1948, sekejap mahu mansuh dan sekejap mahu kekal. Akhirnya pi mai pi mai tang tu.

Tidak mustahil apabila Najib pergi memukul bola golf di Hawaii bersama Obama, Najib juga membawa sekali perangai buruk dolak dalihnya merentas sempadan.
Ini tidak mengambil kira kenyataan yang dibuat barat mengenai perbicaraan kes Liwat 2 Anwar tempoh hari, salahguna Akta Hasutan 1948 untuk menjahanamkan musuh politik serta Hak Asasi manusia. Ini juga C4 bagi menambah sakit jiwa dalam kepala Najib Razak. Ini adalah tekanan.
Seperti mana barat tertekan dek kerana TPPA bersama Malaysia belum mencapai kata putus dan persepakatan atas nasihat kaum pemodal dan jurubank antarabangsanya, maka tidak dapat tidak, barat mengirimkan ucapan salam yang seterusnya.
Kali ini bukan melalui ketuanya, tetapi akhbar propaganda antarabangsa, WSJ.
Maka tidak dapat tidak, Najib akan menyembah dan menelefon kawannya buat kesekian kalinya, bagi membetulkan segala laporan dan dakwaan yang dibuat WSJ yang dianggap tidak betul bagi mensucikan imej Najib yang berserabut dan sebagai pertukarannya, TPPA harus dimerterai secepat yang mungkin.
Ini adalah sebab muhasabab kenapa Najib harus kekal ditakutkan dan terus takut. Ini adalah tekanan.
Tidakkah angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5.6% yang dicatat pada suku pertama 2015 dan tahun sebelumnya adalah lebih tinggi berbanding kebanyakan negara Asean dan negara maju yang lain yang disebut Putrajaya sesuatu yang menggiurkan kaum kapitalis?
Malah angka 5.6%-6% lebih sedap daripada kentaki. Ini adalah tekanan.
TPPA demi menjarah ekonomi negara kita Malaysia dan tempat bersarangnya gerombolan kapitalis. Kali ini bukan Obama yang mengajak Najib bermain golf, tetapi Rosmah yang menelefon sendiri Obama bagi menjemput datang ke rumah bagi menikmati lemang dan rending ayam kampung semasa Hari Raya Aidilfitri.
Kalau nasib Obama baik, maka beliau sempat mendengar Rosmah menyampaikan khutbah hari Raya. Period.

No comments: