Kalian bisa jenaka
apa sahaja di PuakajayaJangan sekali parodi
ketawa-ketawa
Kutuk-kutuk
soal-soal
Itu syarikat 1Puakasemua
juga para pendukungnya
Famili, kroni, zombi
kerana tinggi sekali nilainya
Tahap kemaksuman
di atas timbunan billion ringgit hutang
Dan segala penyelewengan
bertaraf dunia.
Lucu melucukan
buat satu planet terhibur
Skrip wayang dunia ketiga
Bollywood pun tewas
Apabila yang tertuduh menjadi ketua
pasukan penyiasatan
Dianggotai Tan Sri Tan Sri hebat
dilantik oleh tertuduh
Konon telus dan mulus
walau bekerja untuk menyelamatkan
Yang tertuduh dari penuduhan
yang tidak kena mengena
Dengan penuduhan asal.
Jenaka abad ini
Tidak lucu untuk rakyat
menanggung bebanan perompakan
Hutang negara 700 bilion
membayar cukai sampai mati
Kerana Puakajaya terus
gali lubang, sumbat lubang
Pelbagai justifikasi temberang
dari wasatiyyah transformasi
“You help me”, “I help you”
manifesto PRU ke sorgajaya
Melalui jalan bengkang bengkok
demokrasi jilake wahid Puakajaya
Strategi pecah dan perintah
yang terus bercelaru
Menuju hudud kerajaan perpaduan
negara maju bermajoriti PATI
Marhaen sengkek di tanah air sendiri
sebagai lambang kemajuan
Demi survival minoriti elit
para pengkhianat tegar
Segar bugar dipayungan
kepimpinan politikus bangsat!
sumber
No comments: