Tidak dapat dipastikan punca mengapa laman sesawang yang berpusat di London itu tidak dapat diakses dalam insiden terbaru ini.
Minggu lalu, Sarawak Report juga berkata laman sesawangnya mengalami "serangan" sama, ekoran pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai dakwaan US$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri.
Gambar itu didakwa diambil pada Ogos 2009, menunjukkan Jho Low, pemilik PetroSaudi Putera Turki; Najib; isterinya Rosmah; anak mereka Nor Ashman dan Nooryana Najwa, dan pengarah PetroSaudi Tarek Obaid tersenyum lebar atas bot mewah Tattoosh.
Gambar itu didakwa dihantar pegawai khas Najib kepada Tarek Obaid dan Jho Low sebagai tanda kenangan.
Bagaimanapun, semakan The Malaysian Insider pada jam 3.30 petang mendapati Sarawak Report sudah boleh diakses semula.
Sementara itu, pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown memberitahu The Malaysian Insider, laman webnya kerap menerima serangan sejak 3 minggu lalu.
Katanya, pihak yang terlibat dalam serangan itu pastinya mengupah individu yang “mahal” cuba membuang cerita yang “tidak digemari” dan mengganggu kemudahan carian Google laman sesawang terbabit.
Katanya, penyerang juga dilihat menggunakan teknik Distributed Denial of Service (DDOS) baharu yang melibatkan letusan mikro yang boleh menyebabkan laman sesawang tidak berfungsi, tetapi ia sukar untuk dikesan.
"Mereka juga mula menjalankan kerja itu ketika kami sedang tidur, kerana mereka sedar kami berada dalam waktu Eropah.
"Tindakan ini tampak tidak matang dan tidak produktif, tetapi saya rasa ada orang yang menerima bayaran besar membekalkan perkhidmatan ini dan memberitahu pelanggannya yang mereka berjaya mengganggu kami," katanya.
Brown berkata, pasukan Sarawak Report berjaya "mengawal keadaan" walaupun terdiri daripada sekumpulan sukarelawan yang kecil."

No comments: