» » Sarawak Report bakal saman Rahman Dahlan dan NST


Sarawak Report hari ini berkata ia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang menteri Umno, akhbar pro-kerajaan New Straits Times dan beberapa pihak lain kerana pembohongan "berniat jahat" memusnahkan kredibilitinya.

Portal pemberi maklumat itu membidas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kerana menggunakan perkataan "scum" (sampah) terhadap pengasas dan editor laman itu, Clare Rewcastle-Brown, dan kerana melabelkan siasatannya mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai "pembohongan terang-terangan".

Sarawak Report, yang memainkan peranan penting dalam kontroversi 1MDB melalui pendedahan yang dibuatnya, juga menyelar Rahman kerana menggunakan wartawan Lester Melanyi untuk menjatuhkannya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .