» »Unlabelled » 'Rombakan kabinet terbaharu bakal musnahkan UMNO'


Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet akan menghancurkan parti tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi tetap parti Tan Sri Mohamad Aziz.

Beliau memberitahu The Star, Najib sewajarnya dipersalahkan sekiranya Umno jatuh, kerana beliau bertanggungjawab menyingkirkan Muhyiddin dan naib presiden parti Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu mengingatkan Najib yang beliau memerintah parti itu kerana adanya sokongan daripada akar umbi, sama seperti Muhyiddin dan Shafie.

"Semua ini tidak baik untuk Umno di mana tindakannya (Najib) akan memusnahkan parti tidak lama lagi. Kalau ia terjadi, kita tahu siapa hendak dipersalahkan.


"Saya tak tahu apa jenis nasihat yang diterima Najib, tetapi sekarang beliau kena terima akibat daripada apa yang dilakukannya," Mohamad dipetik berkata.

Katanya, satu kesilapan apabila Najib memecat Muhyiddin dan Shafie, walaupun kedua-duanya sebelum ini mempersoalkan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dilanda skandal.

Mohamad berkata Najib sepatutnya sedar survival Umno lebih penting daripada 1MDB.

Beliau juga mempertahankan kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB, mengatakan ia bukan satu serangan ke atas kerajaan mahu pun ke atas parti.

"Adakah salah bagi seorang timbalan presiden Umno untuk bercakap mengenai isu yang membimbangkan rakyat? Najib perlu tahu apa yang lebih penting – 1MDB atau survival Umno," katanya.

"1MDB menimbulkan huru-hara dalam parti dan terus terang cakap, agak sedih melihat apa yang berlaku dalam Umno."

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Muhyiddin berkemungkinan akan dipecat sebagai timbalan presiden Umno.

Beliau berkata, Majlis Tertinggi Umno pada mesyuaratnya Jumaat ini akan menyokong langkah itu, kerana Muhyiddin dianggap melanggar peraturan parti.

"Adakah Muhyiddin akan hadir mempertahankan dirinya di mesyuarat majlis tertinggi itu seperti yang dilakukan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim semasa beliau mahu dipecat Tun Dr Mahathir (Mohamad)?" tulis Zainuddin di blognya semalam.

Semalam, Najib membersihkan Kabinetnya dengan mengeluarkan mereka yang menentangnya dan melantik menteri-menteri baharu yang akan menyokong beliau sebagai perdana menteri.

Langkah itu diambil ketika siasatan sedang berjalan ke dalam kes 1MDB serta wujud laporan berita mengatakan beliau didakwa terlibat dalam skandal rasuah.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .