Perlu diingat, percaturan politik yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak yang dilihat oleh bukan sahaja saya tetapi seluruh rakyat Malaysia sebagai langkah menutup isu korupsi yang dibongkarkan selama ini terutama isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rombakan Kabinet ini sebenarnya adalah satu bukti negara kita berada dalam krisis kepimpinan yang cukup besar.
Umum mengetahui kebelakangan ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat begitu lantang dalam menyuarakan soal mengenai ketelusan dan mendesak siasatan segera ke atas 1MDB.
Ada kemungkinan inilah yang menjadi punca beliau dikeluarkan dari senarai kabinet. Dan ia dikuatkan dengan kenyataan PM sebentar tadi bahawa keputusan penyingkiran Muhyiddin atas strategi politik.
Malah Datuk Abdul Rahman Dahlan, menteri yang dikenali sebagai “gurkha” paling setia membela Najib dalam isu 1MDB diangkat sebagai menteri penerangan.
Ini suatu yang tidak betul. Ada kemungkinan rombakan ini berkait rapat dengan isu 1MDB, samada mahu menutupnya atau mahu melepaskan pihak yang bersalah. Sesuatu sedang berlaku dalam senario politik kita.
Sejujurnya, saya berharap agar kita tidak teralih dengan isu ini. Fokus utama kita ialah agar Najib ditangkap dan didakwa setelah pelbagai pendedahan bukti penyelewengan yang dilakukan olehnya.
Apa lagi yang kita tunggu? Rombakan Kabinet ini tidak lebih daripada "keluar mulut buaya, masuk mulut harimau" yang mana kegawatan ekonomi terus gagal dipulihkan, kos sara hidup meningkat, yuran pengajian semakin bertambah dan akhirnya, Rakyat terus tersepit.
Setelah sekian lama, kami diperingkat Mahasiswa menggadai batang tubuh untuk pendedahan ini, dihentak dengan pelbagai tindakan undang-undang universiti yang sememangnya tidak masuk akal. Namun, tidak sesekali kami mengalah.
Jadi, nasihat terbaik untuk Muhyiddin dari kami ialah kekal dalam momentum ialah dengan terus konsisten bersuara dalam menyatakan kebenaran dan tegas menolak penyelewengan.
Rakyat, terutama anak muda dan mahasiswa harus bangkit menyambut momentum ini.
Demi Malaysia yang lebih baik, kita desak agar isu 1MDB terus diketengahkan dan mereka yang bersalah jangan sekali dibiarkan terlepas, walupun beliau seorang perdana menteri.




No comments: