Rakyat Malaysia kini tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai dua akaun bank di AmIslamic Bank, disahkan oleh pasukan petugas khas kerajaan yang menyiasat dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) yang kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke akaun peribadi beliau itu.
Kita juga tahu akaun itu kini ditutup, seperti yang dinyatakan oleh pasukan petugas itu.
Bagaimanapun, sehingga kini perdana menteri masih belum mengulas secara langsung mengenai pemindahan wang ke akaun beliau, kecuali hanya mengatakan beliau tidak pernah mengambil sebarang dana rakyat untuk kegunaan peribadi.
Klik pada gambar untuk paparan lebih besar
Soalan yang belum dijawab dengan pasti ialah sama ada RM2.6 bilion itu benar-benar dipindahkan ke akaun tersebut, dan sekiranya benar, dari mana wang itu datang dan ke mana ia digunakan.
Berikut antara beberapa peristiwa susulan laporan WSJ pada 2 Julai:
* WSJ melaporkan AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang berasal dari Tanore Finance, sebuah syarikat di British Virgin Islands, didepositkan ke dalam akaun Najib dalam 2 transaksi pada 21 dan 25 Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun itu.
* Sejumlah AS$11.1 juta lagi dimasukkan melalui pemindahan dalam negara, yang berasal dari SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan dan sebelum ini anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Wang ini dipindahkan dalam tiga tranche antara Disember 2013 dan Februari 2014.
* WSJ juga memuat naik ke Internet dokumen yang digunakannya dalam laporannya yang menunjukkan arahan untuk pindahan telegraf dan carta yang menunjukkan jejak wang itu.
* Najib menafikan laporan WSJ itu, mengatakan beliau tidak pernah menggunakan untuk dirinya sebarang dana awam. Beliau sebaliknya menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mendalangi serangan terhadap beliau.
* Peguam Negara Abdul Gani Patail berkata satu pasukan petugas pelbagai agensi menyiasat dakwaan tersebut. Pasukan petugas peringkat tinggi itu terdiri daripada Gani, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
* Perdana Menteri menghantar surat peguam kepada WSJ, meminta penjelasan daripada penerbitnya Dow Jones berhubung laporan mereka.
* Pada 6 Julai, pasukan petugas membekukan 6 akaun sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap laporan WSJ itu. Katanya, ia memperoleh dokumen bank berkaitan dengan akaun tersebut.
* Pada 8 Julai, polis melakukan serbuan ke pejabat 1MDB di ibu kota Kuala Lumpur dan merampas dokumen termasuk minit mesyuarat, penyata bank, penyata rekonsiliasi, buku lejar, perjanjian perniagaan dan urusan pelaburan. Antaranya termasuk fail tanggungjawab sosial korporat 1MDB, kata Gani dalam satu kenyataan.
* Pada 9 Julai, kenyataan Jabatan Peguam Negara mengatakan, 2 akaun Perdana Menteri di AmIslamic Bank ditutup sebelum laporan WSJ itu. Akaun itu ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015 .
* Pada 9 Julai juga, laman web pemberi maklumat Sarawak Report mendakwa dokumen daripada siasatan 1MDB turut mendedahkan RM2 juta dimasukkan ke dalam akaun isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Wang itu dikatakan dipindahkan ke akaun Rosmah di Affin Bank Berhad dalam 8 deposit sepanjang tempoh 2 bulan setengah awal tahun ini.
* Semalam, pasukan petugas kerajaan berkata ia mula menyiasat akaun isteri perdana menteri. Ia juga berkata, semua laporan media mengenai 1MDB akan disiasat.
sumber

No comments: