» » Najib Razak boleh beri jawapan dakwaan RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun bank peribadinya


Datuk Ahmad Maslan berkeyakinan Datuk Seri Najib Razak akan menjelaskan dakwaan sejumlah wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu dalam masa terdekat.

Ketua penerangan Umno itu berkata, kekangan masa Najib ditambah kesibukan melayan Perdana Menteri Britain David Cameron yang berkunjung ke Malaysia menjadikan perdana menteri menangguhkan isu berkenaan dulu.

“Saya berharap ia akan segera dilakukan, tetapi saya tahu beliau kini tengah sibuk kerana perdana menteri Britain ada dengannya. Kita duduk main politik, beliau sedang menjaga negara termasuk hubungan antarabangsa.

“Beliau mempunyai kekangan masa tertentu untuk membuat kenyataan. Jadi bersabarlah, mungkin sehari dua atau beberapa jam lagi, saya hampir pasti perdana menteri akan membuat kenyataan tertentu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata Najib mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya.

Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.

Dalam video itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat duduk bersebelahan Muhyiddin.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .