Tan Sri Muhyiddin Yassin meledakkan bomnya yang kedua ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras kelmarin.
Tidak perlulah saya kupas apa yang beliau nyatakan dalam rencana ini kerana video ucapan beliau sudah luas tersebar sekarang dan boleh ditonton semua orang.
Apa yang saya ingin suarakan kepadanya ialah tentang bagaimana patut beliau laksanakan tanggungjawabnya sebagai timbalan presiden sebuah parti politik yang begitu lantang berkokok mendakwa kononnya ia parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu, dan juga selaku timbalan perdana menteri Malaysia yang diberikan amanah memelihara kebajikan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Untuk itu, saya ingin imbas kembali ucapan sulungnya pada 20 Mei 2015 di hadapan sekumpulan pemimpin Umno lain ketika beliau meluahkan rasa gelisahnya terhadap kes 1MDB yang tidak masuk akal ini.
Di majlis inilah beliau meledakkan bomnya yang pertama dahulu.
Saya ingin petik satu sahaja dari kenyataannya pada majlis itu yang sangat mendalam maksudnya dan besar kesannya: “Saya bercakap terus terang (di sini). I got nothing to hide. I don’t have anything to fear except God!"
Now Tan Sri, if you really do fear God as you claim, I urge you to do the right thing, and the right thing to do is to save yourself from hellfire. Nauzubllahi min zalik.
Ponder this verse deeply: “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman kerana kelak kamu pula yang akan disambar api neraka. Tidak ada bagimu mana-mana pemimpin selain Allah, dan tidak akan kamu mendapat apa-apa pertolongan (dari sesiapa selain Dia).” [Surah Huud (13): 113].
Apakah tidak zalim perbuatan membelasah berbilion duit rakyat hingga menyebabkan kehidupan rakyat semakin menderita sekarang dengan masa depan yang sungguh kelam untuk generasi anak cucu kita semua?
Bahkan, bukankah Tan Sri sendiri (saya memanggil Tan Sri kerana masih ada lagi sedikit rasa hormat kepada insan ini dengan harapan dia akan diberi taufiq untuk melakukan tindakan yang betul) dan para jemaah menteri lain pun ditipu hidup-hidup?
Disebabkan ini, saya berasa sangat terpanggil untuk menyuarakan satu saranan kepada Tan Sri dan juga kepada semua ahli-ahli Umno lain sekiranya anda semua mempunyai harga diri dan maruah, serta benar-benar beriman dan takut kepada Hari Pengadilan.
Sudah sampai masanya untuk Tan Sri memberi kata dua kepada makhluk Allah yang bernama Datuk Seri Najib Razak itu, sama ada beliau undur dari jawatannya sebagai perdana menteri atau Tan Sri sendiri meletak jawatan.
Bukankah Tan Sri sendiri berkata sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang, Umno-BN pasti kalah?
Jika Tan Sri benar-benar percaya dengan kenyataan yang keluar dari mulut Tan Sri sendiri, kenapa perlu tunggu lebih lama untuk menyelamatkan Umno dan negara? Setiap saat tindakan ini dilengahkan, semakin tenggelam negara kita dan semakin parah kedudukan ekonomi negara ini dan nasib rakyat?
Adakah Tan Sri ingin tunggu sehingga Malaysia menjadi padang jarak padang tekukur baru mahu bertindak?
Adakah jawatan dan pangkat yang menjadi pertimbangan Tan Sri, atau prinsip dan kebenaran?
You have nothing to fear except God, right? So, what is stopping you from doing the right thing to avoid His wrath from befalling upon you? Why are you not saving the nation and the rakyat who are drowning now? What are you waiting for? When is the right time for you to act?
Seluruh rakyat Malaysia sedang menantikan kemunculan seorang wira yang akan membela nasib kami dari sepupu Maharaja Nero yang tidak siuman itu. Bukankah Nero menyanyi ketika kota Rom terbakar dahulu? Bukankah tidak banyak beza di antara Nero dan sepupunya di Malaysia sekarang yang sedang hidup dalam keadaan yang syok sendiri sementara Malaysia sedang tenggelam?
You must make your move now if you are truly a man of principle. Stop whining in public about your worries, and start to walk the talk. What do you expect to achieve when you air your concerns on 1MDB in public?
Are you fishing for support from the Umno members? Why can’t you just put your foot down and tell Najib enough is enough, and that either he goes or you go because you cannot and do not want to be a part of his wrongdoings anymore? You will be surprised to see the rakyat rallying behind you if you step up to discharge your duty honorably.
Saya juga menyeru kepada semua ahli Umno sekiranya masih ada sekelumit iman dalam dada anda untuk bangkit menyingkir presiden kamu yang semakin jauh terpesong itu.
Bagaimana anda semua masih boleh dakwa yang parti Umno sajalah yang merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu kerana apabila tiba ujian yang sebenar seperti ini, anda semua menjadi pengecut yang hanya membisu seribu bahas dan tidak hiraukan nasib bangsa yang sedang menderita akibat kekayaaan negara dirompak dengan rakus?
Apakah anda semua tidak malu? Ini bukan soal politik lagi. Ini soal nasib bangsa kita yang sedang ditipu pemimpin-pemimpin bangsa sendiri yang lebih mementingkan perut dan kemewahan dari memperjuangkan kebajikan rakyat dan keadilan sosial yang sangat dituntut Islam.
Atau adakah anda memang sengaja mahu disambar api neraka kerana sudah merasakan yang anda semua kebal dari apinya?
Dengan keahlian yang berjumlah hampir 3.3 juta orang, apa yang anda semua takutkan? Atau adakah anda semua sudah terkena mandram jin Bugis?
Kalau presiden parti anda yang sudah hilang kompas moral dan maruah ini tidak disingkir sekarang, anda semua akan dirakam sejarah sebagai pengkhianat bangsa dan negara kerana membiarkan nasib orang Melayu dan rakyat negara ini dijahanamkan pemimpin yang anda pilih sendiri dan kemudian membiarkan dia terus berkuasa dengan kerakusan yang di luar batasan akal.
Kuasa untuk melaksanakan ini hanya berada di tangan anda semua sekarang kerana Umno saja yang boleh turunkan presidennya pada waktu ini.
Fikirlah wahai Tan Sri dan ahli-ahli Umno sekalian. Dengarlah suara hati yang terbit dari fitrah anda yang suci itu.
Jika anda benar-benar ingin menebus dosa anda kepada rakyat dan berkhidmat dengan jujur, inilah masanya. Selamatkan Malaysia sekarang. Esok mungkin terlalu lewat.
Semoga Allah mengurniakan taufiqNya kepada anda semua untuk melakukan tindakan yang betul mengikut penilaianNya.
No comments: