» » Kos kehidupan yang meroket tinggi dan gaji yang rendah semakin menghimpit rakyat Malaysia


Saban hari kelihatan ekonomi Malaysia yang kita cintai ini semakin tenat. 

Kenaikan harga barang yang tidak terkawal, 

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sana sini yang kononnya mampu memulihkan ekonomi dan membantu rakyat seolah-olah tidak memenuhi teori yang dicita.

Harga minyak berlaku kenaikan sedikit demi sedikit. 

Ditambah pula sensasi dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menguji kredibiliti dan kejujuran sang pemimpin dan pengurus disaat dihimpit hutang negara yang sepertinya semakin merisaukan anak cucu pertiwi.

Malaysia yang kita diami hari ini hanyalah pinjaman kita kepada generasi akan datang. 

Keadaan ini sudah pasti dirasai sebahagian besar rakyat Malaysia yang dahulunya tidak ketara kelihatan.

Yang tidak berminat isu politik semakin mengambil berat kerana melibatkan periuk nasi mereka. 

Hari ini mata wang Malaysia kita sudah jelas menggambarkan keadaan ekonomi kita.

Kalau saya boleh simpulkan dengan bahasa mudah sebagai seorang mahasiswa Matematik Kewangan, apabila kita bicara mengenai mata wang sudah tentu ia melibatkan langsung dengan keadaan pasaran dan ekonomi kita.

Apa yang saya belajar (tidak perlu huraian panjang), apabila mata wang kita semakin merudum ada beberapa faktor yang boleh kita senaraikan. Antaranya berlaku lambakan ringgit di pasaran.

Ringgit terus kurang laku dan laris di pasaran sekarang ini. Ini juga disebabkan harga barang yang meningkat.

Ringgit semakin kurang permintaan bagi pertukaran mata wang asing seperti contohnya RM dan AS$ sehingga menyebabkan ringgit terus “terapung” tanpa mengetahui untung nasibnya di pasaran. 

Akhirnya ringgit terus jatuh dan jatuh.

Kenyataan terbaru Sagarika Chandra, pengarah bersekutu bagi Agensi Penarafan Kredit Antarabangsa Fitch Ratings bagi Asia Pasifik menunjukkan kebergantungan Malaysia terhadap sumber pendapatan minyak adalah kelemahan utama negara Malaysia.

Mungkin “an” saya kurang tepat bahkan mungkin tidak tepat sama sekali kerana saya bukan pakar tetapi sebagai pemuda yang sangat mengimpikan urus tadbir negara yang baik dan teratur serta “bersih”.

Malaysia bukanlah negara miskin. Malaysia bukanlah negara tidak cukup sumber bumi bahkan Malaysia itu memang zahirnya negara yang cukup kaya sebenarnya.

Saya tidak mahu sentuh isu politik dulu, cuma apa yang saya harapkan adalah negara Malaysia seperti diwara-warakan sebagai negara berkebajikan dan “A Better Nation”.

Slogan “Rakyat didahulukan” perlu dimuhasabah kembali untuk kedua-dua pihak. Usahlah disebabkan kepentingan survival politik partisan dan individu kita gadaikan rakyat di tengahnya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .