» » 'Kerajaan M'sia telah mengaku silap secara tak sengaja bila gantung penerbitan The Edge'


Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menggantung akhbar mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily membuktikan mereka mengakui kesalahan sendiri, namun cuba menutup kelemahan itu dengan menghukum pihak lain, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) itu berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan undang-undang drakonian Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi menyekat saluran penerangan kepada rakyat.

"Penggantungan tiga bulan The Edge yang didakwa boleh menjejaskan ketenteraman awam sangat mengecewakan rakyat.

"Kerajaan secara tidak sengaja mengakui kesalahannya dan cuba untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka dengan menghukum orang lain.

"Tindakan ini amat dikesali dan terkutuk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, negara kini menuju ke arah kejatuhan, dan kini bukan hanya soal mahu menukar perdana menteri tetapi memperbaharui keseluruhan institusi kerajaan yang kritikal supaya berfungsi semula dan bersemangat.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, antara yang paling kritikal ialah mengenai fungsi Parlimen yang mana kini ahlinya tidak lagi "bersenjata" dan memainkan perangan "semak dan seimbang" terhadap cabang eksekutif.

"Persoalan besar adalah bagaimana kebenaran boleh melemahkan kerajaan melainkan jika kerajaan itu adalah berdasarkan kepada kepalsuan," katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam menggantung dua akhbar The Edge selama tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan tajuk serta cara pelaporannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sumber maklumatnya yang diragukan dan laporan yang dibuatnya ketika siasatan sedang dilakukan ke atas 1MDB.

“Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara,” katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .