Tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung lesen 2 penerbitan The Edge satu keputusan "purbakala", kata bekas Naib Ketua Pemuda Umno Johor Datuk Khairul Anwar Rahmat yang tidak bersetuju dengan langkah Putrajaya itu.
Beliau yang sebelum ini terlibat dalam penganjuran dialog kontroversi “Nothing2Hide” melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mengatakan penggantungan lesen itu menunjukkan kebebasan media sudah dirampas haknya.
"Sudah tentu usaha menggantung akhbar dan permit semua ini tindakan purbakala atau 'dinasour', satu langkah yang terkebelakang dan tindakan penguasa yang lapuk.
"Lagi kita buat begitu, lagi menunjukkan kita tidak mengamalkan kebebasan media. Dan saya percaya sebagai seorang bekas wartawan, perkara ini dikongsi oleh rakan media, sama ada daripada perdana atau alternatif," katanya kepada The Malaysian Insider pada Sabtu.
Bagi Khairul, pihak pemerintah tidak sewajarnya menyekat sumber maklumat kerana akhirnya ia akan menambah lagi minat orang ramai untuk mengetahui perkara sebenar.
"Tidak seharusnya kita sekat pemikiran rakyat, kerana mereka akan cari sumber yang lain.
"Saya tidak yakin dengan keputusan menggantung The Edge dan menyekat Sarawak Report. Ia hanya meluapkan lagi keinginan rakyat mengetahui daripada sumber yang lain," katanya.
Sebelum ini, pihak penguasa Internet negara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah menyekat akses ke laman Sarawak Report susulan pendedahan yang dibuatnya berhubung skandal 1MDB.
Pada Jumaat, The Edge menjadi mangsa seterusnya apabila akhbar harian The Edge Financial Daily dan mingguan The Edge digantung penerbitan selama 3 bulan mulai 27 Julai.
Menjelaskan tindakan itu, Kementerian Dalam Negeri dalam sepucuk surat menyatakan liputan penerbitan itu mengenai 1MDB "memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau negara."
Khairul yang juga pemenang Anugerah Kajai, sebuah anugerah kewartawanan, sebaliknya mencadangkan supaya kerajaan menjawab persoalan yang ditimbulkan dan bukan melarikan diri.
"Apa yang patut penguasa atau parti pemerintah buat ialah mereka perlu menjawab persoalan, bukan melarikan diri dengan menutup sumber berita," katanya.
Beliau sebelum ini menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno Kluang, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia, namun meletakkan jawatan selepas forum kontroversi “Nothing2Hide” itu.
Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group dan penerbit Ho Kay Tat berkata, mereka akan mencabar penggantungan itu di mahkamah dan akan memfailkan semakan kehakiman pada Isnin.
1MDB amat sensitif bagi kerajaan, kerana Najib merupakan pengerusi lembaga penasihatnya dan juga mengetuai Kementerian Kewangan, yang memiliki 1MDB.
Najib juga dikaitkan dengan dakwaan yang wang daripada entiti berkaitan 1MDB disalurkan ke akaun bank peribadinya.
Beliau tidak menjawab dakwaan itu secara langsung tetapi hanya menafikan mengambil dana awam untuk "kepentingan peribadi".
sumber

No comments: