» » Kenapa Najib Razak tak berani nafikan akaun bank miliknya yang didedahkan WSJ ?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menafikan akaun bank yang didedahkan dalam laporan The Wall Street Journal (WSJ), kata Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, Najib tidak menafikan juga tiga syarikat yang mengkreditkan wang berjumlah RM 2.6 bilion ke dalam akaun peribadi miliknya.

"Persoalannya sekarang, beliau sehingga kini tidak menafikan akaun yang didedahkan WSJ dengan tertera nombor akaun di dalam AmBank merupakan akaun peribadi miliknya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz turut membidas kenyataan-kenyataan sesetengah pihak yang mempertahankan perdana menteri dengan mengatakan laporan WSJ adalah tidak logik.

"Kenapa Najib tidak menafikan? Ini bermakna fakta dan angka yang dilaporkan WSJ betul.

"Cuma duitnya bukan duit negara kerana kalau nak ambil duit negara kata Najib, mesti dimasukkan ke akaun peribadinya di luar negara," katanya.

Baru-baru ini Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengatakan tuduhan WSJ terhadap Najib sebagai tidak logik.

Semalam di Kota Baru, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan saksi diperlukan untik membuktikan tuduhan terhadap Najib.

Mahfuz bagaimanapun menegaskan seseorang yang difitnah sewajarnya tampil melakukan pembelaan awal dengan menafikan tuduhan tersebut.

"Seseorang yang dituduh melakukan perbuatan yang salah sedangkan ia tidak melakukannya, itu bermakna tuduhan tersebut dianggap sebagi fitnah," katanya.

Pada masa sama beliau turut menggesa Najib menjawab persoalan rakyat di mana jumlah wang sebesar itu diperoleh.

"Rakyat bertanya duit tersebut dari sumber mana. Banyak tu, tolonglah jawab wahai perdana menteri," soalnya.

Sebelum ini Najib mengucapkan terima kasih kepada pihak yang tidak sewenang-wenangnya mempercayai laporan WSJ berhubung dakwaan beliau menerima berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya, termasuk Haron.

Najib menegaskan, beliau tidak akan sesekali mengkhianati kepercayaan rakyat Malaysia, apatah lagi harta benda mereka.

"Saya juga menjadi mangsa serangan mereka secara bertubu-tubi yang ke belakang ini kononnya saya songlap duit yang besar masuk dalam akaun peribadi.

"Saya berterima kasih, ramai juga yang kata tidak percaya berita itu, termasuk Haron Din, dia kata tak masuk akal saya lakukan perkara seperti itu," katanya.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .