"Kita harap rakyat dapat bersabar. Penyiasatan ke atas 1MDB sedang dijalankan. PAC tak nak terburu-buru untuk dapatkan keputusan selagi semua saksi berkaitan belum dipanggil."
Itu jawapan anggota PAC Datuk Aziz Sheikh Fadzir ketika ditanya selepas membuat kunjungan di rumah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini petang tadi.
Muhyiddin dikunjungi selepas digugurkan daripada jawatannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rombakan kabinet kelmarin.
Aziz berkata, ada ramai lagi saksi akan dipanggil dalan siasatan 1MDB.
"Memang banyak negatif yang timbul bila keputusan siasatan lambat tetapi kami tidak akan rushing hanya untuk mempercepatkan keputusan siasatan. Bila dah selesai nanti, kita akan umumkan juga dan harap rakyat dapat bersabar. Tunggu sahaja masanya nanti," ujarnya.
persepsi
Jelas Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Baharu Kulim, kedudukannya dalam PAC juga belum tentu akan kekal tetapi siapa pun yang ambil alih, siasatan tetap diteruskan.
"Tidak akan bermula balik dari bawah sebaliknya disambung terus siasatan yang telah dibuat," katanya.
Bertanya tentang pertemuan dengan Muhyiddin, Aziz berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilihat tenang dengan keputusan yang dibuat oleh Najib.
"Dia kata, keputusan Najib menggugurkannya daripada Kabinet diterima dengan hati terbuka kerana itu adalah hak Najib selaku Perdana Menteri. Muhyiddin nampak tenang dan bersahaja malah turut menasihatkan semua penyokongnya supaya tidak melatah dengan apa yang berlaku," ujarnya.

No comments: