Mula beredar di internet sejak semalam, turut menyertai senarai itu adalah Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus bersama 10 lagi yang lain yang dilabel sebagai ‘Senarai Konspirator Melawan Kerajaan Yang Dipilih Secara Demokratik, Paling Dikehendaki’.
Mereka yang lain ialah:
1. Shamsuddin Mohd Mahayidin (Pengurusan Pertukaran Wang Asing BNM);
2. Abdul Rahman Hussein (Pengurusan Risiko BNM);
Beberapa orang daripada mereka yang disenaraikan itu juga didakwa terbabit mencuri data kerajaan dan mempunyai akses kepada sindiket pengubahan wang haram antarabangsa.
Mengikut laporan itu, kumpulan 12 orang ini juga dikatakan akan disiasat pihak polis mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan iaitu merujuk kepada kesalahan ‘aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen’.
Peruntukan utama ialah Seksyen 124B yang menyebut: “Barang siapa dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun”.
Bagi Seksyen 124C: “Sesiapa yang cuba untuk melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen atau melakukan apa-apa perbuatan persediaan dengannya hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima belas tahun”.
Bagi Seksyen 124D (1): “Sesiapa dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, cetakan, penerbitans, menjual, mengedar atau mengeluarkan semula apa-apa dokumen atau penerbitan memudaratkan demokrasi berparlimen hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai lima belas tahun”.
Dan bagi Seksyen 124E (1): “Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang sah, ada dalam milikannya apa-apa dokumen atau penerbitan memudaratkan demokrasi berparlimen atau apa-apa cabutan daripadanya, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun”.
Difahamkan, Mohamad Fuzi Harun yang semalam dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, menggantikan Datuk Seri Akhil Bulat, bakal mengetuai siasatan ini, terhadap kumpulan ini.
No comments: