» » Bila nak dakwa jerung besar dan dalang utama dalam skandal 1MDB ?


Selepas penghantar surat ditahan bagi membantu siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan bilakah individu utama yang terlibat dalam skandal syarikat sarat hutang itu akan disiasat polis.

Naib presiden PKR itu berkata, dengan penahanan penghantar surat itu, jelas menggambarkan sikap pilih kasih kerajaan yang tidak serius mahu menyiasat skandal berbilion ringgit membabitkan 1MDB.

"Kepada peguam negara, bila lagi mahu dakwa? Tak akan nak cari siapa yang membancuh teh selepas ini?
"Agak merisaukan bila mana pemilik akaun yang menerima AS$700 juta itu seolah-olah kebal sementara 'Mat Despatch' 1MDB direman tanpa asal usul sebab kepada umum.

"Negara kita seolah-olah memberi persepsi bahawa penjenayah besar, jerung besar bab rasuah, skandal 1MDB, dibiarkan lepas, hanya 'Mat Despatch' yang ditangkap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang ini.

Mengulas gesaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengakuan tidak terlibat dalam skandal 1MDB, Nurul Izzah berkata, kenyataan timbalan perdana menteri itu perlu disusuli dengan tindakan.

Katanya, walaupun kritikan Muhyiddin itu dialu-alukannya namun kerajaan masih tetap perlu melakukan reformasi besar-besaran terhadap pemerintahan negara.

"Drama ini sudah berpanjangan begitu lama. Kita mahu tindakan yang jelas. Isunya, saya tidak mahu melihat perbalahan Umno itu sendiri.

"Saya mahu reformasi sistem. Saya mahu, siapa pun perdana menteri, saya dapat berasa yakin institusi kehakiman, polis benar-benar berkhidmat untuk rakyat," katanya.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .