Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar, kiri) menafikan dirinya "dibeli" selepas dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri.
Ahli Parlimen Pulai itu menjelaskan, jawatan baharu dalam Kabinet lebih berat berbanding menjadi pengerusi PAC.
"Adalah tidak adil menuduh saya sedemikian," kata Nur Jazlan kepada The Star.
"Bagi saya, penghijrahan saya daripada badan perundangan di kementerian adalah lebih mencabar daripada PAC, "katanya seperti dilaporkan The Star.
"Saya berhijrah, apa masalah dengannya?,"
Nur Jazlan turut menegaskan beliau "masih orang yang sama" dan berharap dapat menjalankan tugas-tugasnya di kementerian seperti dilakukannya dalam PAC.
Beliau turut menambah PAC sudah berfungsi selama beberapa dekad sebelumnya.
"Saya hanya menjalankan tugas dengan sokongan anggota PAC, yang dianggap lancar. PAC akan diteruskan di bawah lantikan pengerusi yang baharu," katanya.
sumber
No comments: