» » Apa agaknya yang Najib Razak rasa setiap hari bila tengok berita di twitter dan media sosial lain yang menghentamnya ?


Menurut laporan Sin Chew Daily, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi tidak ada konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata Dr Mahathir, ramai yang secara terbuka menggesa perdana menteri berundur.

“Jika dia (Najib) baca blog dan (apa yang diperkatakan) di Twitter, dia akan tahu semua orang minta dia letak jawatan,” Dr Mahathir dipetik Sin Chew sebagai berkata.

Ada sebenarnya apa yang dikatakan Dr Mahathir, bukan blog dan Twitter sahaja. Malah komen orang ramai di Facebook dan sebagainya serta perbualan biasa di sana sini turut mengiyakan apa yang Dr Mahathir kata.

Jadi adakah Najib tidak tahu semua itu? Adakah beliau tidak membaca blog dan Twitter? Tidak mungkin.
Sebagai seorang “penggemar” media sosial (mungkin savvy), Najib tentu mengikuti perkembangan alam siber dan apa yang berkicauan di Twitterjaya.

Lantas apa yang beliau lihat, tengok dan nampak?

Gambar beliau dikejutkan dengan dua kek sempen hari kelahirannya, sajian kakitangan pejabat beliau?

Ucapan selamat panjang umur oleh jemaah menteri? Dan juga kata-kata seperti “you’re my favourite PM” daripada seorang rakyat biasa? Dan pelbagai ucapan sokongan, dorongan dan pujian?

Tidak dinafikan semua itu ada juga dalam blog, Twitter, Facebook dan pelbagai macam pentas.

Adakah itu yang Najib nampak? Atau pilih untuk nampak? Atau dinasihati nampak oleh tuan-tuan penasihat?

Tidak kiralah apa pun jawapannya, yang jelas Najib sendiri beberapa kali menegaskan dengan sokongan partinya Umno dan rakyat, tidak ada sebab beliau harus berundur.

Dan kita pun diberitahu sokongan Umno terhadap Najib amat padu. Tidak dinafikan.

Tiba-tiba (seperti umum tahu) timbul kain pemidang di Johor yang dikatakan dipamerkan oleh Umno cawangan Bandar Pulai Jaya 2 yang menyatakan rasa “hilang kepercayaan” cawangan berkenaan terhadap Najib dan jemaah menterinya.

“Hilang kepercayaan” ini kata Umno Bandar Pulai Jaya 2 adalah berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sekali gus mereka mahu Najib meletakkan jawatan.

Pedas kata-kata yang tertera pada kain pemidang itu, antaranya ialah “terima kekalahan PRU14 atas sifat ego dan tamak kamu” dan “poket didahulukan rakyat dikorban”. Pedas bukan?

Namun bagi Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Rahman, “Umno ada 3.5 juta ahli dan yang mahu Najib undur hanya satu cawangan”. Selainnya, “solid sokong PM” kata beliau.

Maknanya ada juga dalam Umno yang tidak senang dengan presiden mereka, walaupun jumlahnya tidak ramai, jika kata-kata Tajuddin dijadikan sandaran.

Memang “its all about numbers”. Dalam Umno, luar Umno. Yang utama, apa yang tersemat di hati rakyat Malaysia.

Ada yang menyokong, ada yang tidak. Itu lumrah. Untuk mendapatkan sokongan atau penentangan 100% adalah mustahil.

Persoalannya, bilangan manakah yang lebih besar, mereka yang mahu Najib kekal perdana menteri atau mereka yang mahu beliau meletakkan jawatan? Mereka yang menyokong atau yang menentang? Majority rules.

Persoalan lebih besar, bagaimana mahu mendapatkan jawapan kepada persoalan itu?



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .