» » Adik Najib Razak kutuk penggantungan The Edge yang dedahkan skandal 1MDB


Pengerusi Kumpulan CIMB merangkap adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak mengutuk penggantungan operasi akhbar perniagaan mingguan dan harian The Edge dan The Edge Financial Daily.

Personaliti korporat negara itu menyifatkan akhbar tersebut sebagai tunjang kepada komuniti perniagaan dan ia memastikan komuniti itu kekal jujur, bermaklumat dan berdaya saing.

Membuat kenyataan menerusi akaun Instagram, adik kepada Datuk Seri Najib Razak itu memuji liputan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhbar itu.

"Liputan 1MDB baru-baru ini mengkagumkan tetapi jika ada silap, betulkan mereka atau gunakan saluran undang-undang.


"Saya mengutuk penggantungan ini dan simpati saya buat semua kakitangan yang terkesan," katanya.

The Edge dan The Edge Financial Daily digantung bermula Isnin depan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata penerbit hari ini.

Penerbit berkata, menerusi surat yang dikirimkan, KDN menyatakan isu 1MDB yang dilaporkan 2 akhbar itu memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara.

"Gagal menghentikan penerbitan selama 3 bulan akan menyebabkan pembatalan permit penerbitan," kata KDN dalam surat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Kumpulan Media The Edge Ho Kay Tat melahirkan kekecewaannya berhubung keputusan KDN menggantung penerbitan 2 akhbar itu.

Katanya, The Edge akan mencabar keputusan KDN di mahkamah bagi membatalkan arahan penggantungan tersebut.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .