Dalam Umno “Abang Din” ialah panggilan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden parti.
Persoalan utama kini alah apa akan jadi akibat ucapan Abang Din pada mesyuarat Umno bahagian Cheras tempoh hari.
Tapi sebelum itu, imbas kembali apa yang Muhyiddin katakan pada mesyuarat yang berlangsung pada 26 Julai.
Ringkasnya beliau menegaskan:
- Perdana menteri yang perlu jawab tuduhan wang masuk ke akaun peribadinya.
- Perdana menteri tidak dengar nasihatnya supaya letak jawatan dalam 1MDB.
- Kalau Parlimen bubar esok, Barisan Nasional akan kalah.
- Muhyiddin sendiri baca The Edge untuk memahami isu 1MDB.
- Muhyiddin ibaratkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “ bapa” dan mengaku tidak sulit untuk berkomunikasi dengan bekas perdana menteri itu.
- Muhyiddin mahu tindakan menghentam Dr Mahathir dihentikan kerana itu sekadar membuat bekas perdana menteri itu popular.
Lantas bagaimana reaksi dalam Umno?
Seorang bekas anggota “think tank” Umno (selaku strategis) ketika Pilihan Raya Umum ke-13 menyifatkan ucapan itu sebagai “superb” dan tepat pada waktunya kerana mesyuarat Umno bahagian sedang diadakan di seluruh tanah air sekarang.
Manakala satu sumber dalaman Umno pula menegaskan Muhyiddin “dah lama memendam rasa, sampai bila nak bertahan”?
Sambil mendakwa “under current dalam Umno memang kuat walaupun kebanyakan bahagian dilihat sebagai menyokong kuat presiden parti”.
Pun begitu ada juga yang menerima ucapan Muhiyddin dengan “rasa berbelah bagi” kerana “beliau pernah bercakap seolah-olah sudah bersedia untuk menggorak langkah tetapi kendur”.
Jelas merujuk kepada ucapan Muhyiddin pada satu majlis parti tidak lama dulu di mana beliau berkata meminta perdana menteri menyingkir semua anggota lembaga pengarah 1MDB. Tidak ada tindakan mahupun kenyataan susulan daripada Muhyiddin selepas itu.
Bagaimana bagi bekas strategis parti, kali ini Muhyiddin harus “memujuk” bahagian bahagian dua usul penting pada mesyuarat masing-masing.
Usul yang dimaksudkan ialah:
Batalkan arahan penangguhan pemilihan parti dan meletakkannya semula pada jadual asal dan mendesak isu 1MDB diselesaikan secepat mungkin.
Beliau mengakui bukan mudah untuk meminta Umno bahagian berbuat demikian berdasarkan “cengkaman” presiden ke atas bahagian.
Namun beliau mendakwa ada “satu dua” bahagian di Terenggnau, Perak dan Sabah yang “boleh menyokong” di samping mendapat sokongan beberapa bahagian lain yang disifatkan “bahagian berpengaruh”.
“Kalau dapat lima bahagian pun cukup.” katanya.
Dalam pada itu, The Malaysian Insider melaporkan buat kali kedua dalam masa tiga bulan blog pro Umno MyKMU.net mendakwa ada kumpulan dalam Pemuda yang cuba membawa pergerakan itu menentang Datuk Seri Najib Razak.
Naib ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, menurut The Malaysian Insider tidak mengesah mahupun menafi dakwaan itu .
Apa pun, dalam menunggu langkah seterusnya Muhyiddin atau mana mana pihak yang “terangsang” dengan ucapannya malam 26 Julai lalu, tumpuan juga mesti diberi kepada Najib.
Dengan kuasa perdana menteri dan presiden Umno yang ada, apa pula langkah beliau?
No comments: