» » Adakah Kabinet akan sokong Muhyiddin Yassin ?


DAP hari ini mempersoalkan adakah mesyuarat Kabinet akan menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan laporan interim ketua audit negara berkenaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disiarkan kepada umum.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Muhyiddin yang terpaksa bergantung kepada akhbar The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly untuk mendapatkan maklumat berkenaan skandal 1MDB.

Lim berkata, beliau turut terkejut dengan dakwaan Muhyiddin yang mengatakan rakan menteri turut menegurnya kerana terlalu bergantung kepada laporan The Edge untuk memahami skandal tersebut.

"Saya ucapkan tahniah kepada Muhyiddin yang menyokong laporan interim ketua audit negara 1MDB disiarkan kepada umum," kata Lim pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam Muhyiddin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat sarat hutang 1MDB.

Timbalan perdana menteri itu berkata, kekeliruan mengenai skandal 1MDB bertambah rumit apabila sehingga kini kerajaan masih gagal menerangkan situasi sebenar kepada rakyat.

"Saya pun sukar nak faham.. saya tak nafi saya ada baca The Edge sampai ditegur dalam Kabinet kata itu daripada The Edge (laporan) tidak betul. Kalau tak betul tolong bagi tahu apa yang betul.

"Tapi (kita) tidak juga diberitahu sampai sekarang jadi anda tidak boleh salahkan orang yang begitu dahagakan maklumat dan mencari sumber mana saja kerana tidak ada satu kenyataan yang kita keluarkan menjelaskan situasi sebenar," katanya ketika merasmikan Majlis Perwakilan Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur, malam tadi.

Beliau juga menyokong sekiranya laporan interim ketua audit negara berkenaan 1MDB didedahkan kepada umum.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .