» » 15 pasangan membonceng bersama bukan muhrim ditahan di Terengganu


Seramai 15 pasangan bukan muhrim bermotosikal ditahan anggota penguat kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dalam Operasi Bersepadu yang diketuai oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri sempena Hari Raya Aidilfitri di sekitar bandar raya ini malam tadi.

Pasangan berusia dalam lingkungan 19 hingga 27 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 dan diberikan notis untuk menghadiri sesi kaunseling berjadual di pejabat Maidam di sini.

Ini kali keenam anggota penguat kuasa Maidam terlibat dengan operasi bersepadu khususnya di bawah kendalian JPJ negeri.

Selain Maidam dan JPJ, operasi bersepadu yang bermula kira-kira pukul 9 malam dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian itu turut melibatkan beberapa jabatan dan agensi negeri yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).


Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, operasi khas motosikal yang bermula sejak 10 Julai lalu dan berakhir semalam itu secara keseluruhannya melibatkan 83 anggota daripada jabatan dan agensi yang berkenaan.

“JPJ juga mengeluarkan keseluruhan 946 saman termasuk 348 kepada penunggang motosikal sepanjang tempoh itu atas kesalahan teknikal, 62 notis arah periksa termasuk kepada 10 buah motosikal serta menyita keseluruhannya 12 buah kenderaan dengan tujuh daripadanya melibatkan motosikal.

“Kesalahan utama yang dikesan sepanjang operasi ini cukai kenderaan tamat tempoh dan penunggang atau pemandu tidak mempunyai lesen atau lesen tamat tempoh. Kita hairan bagaimana keadaan ini masih berlaku walaupun tarikh memperbaharui lesen sudah ditetapkan mengikut tarikh lahir masing-masing.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .