Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata beliau sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan NGO tetapi ia hendaklah berjalan dan suasana yang tenang dan baik.
"Saya sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat.
"Apapun perjumpaan dan dialog tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah pada kita semua," katanya.
"Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama," tambahnya.
Kenyataan perdana menteri dimuat naik di lamanweb beliau najibrazak.com.
Najib tidak menghadiri dialog bersama NGO hari ini yang bertajuk "Nothing to hide" di PWTC, Kuala Lumpur atas arahan pihak polis.
Berikutan itu, penganjur acara tersebut menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - pengkritik utama Najib - untuk berucap kepada 1,500 hadirin yang pada mulanya datang untuk mendengar ucapan perdana menteri.
Sebaik sahaja di atas pentas, Dr Mahathir meneruskan kritiknya terhadap Najib, menyebabkan pihak penganjur menutup sistem pembesar suara.
Dr Mahathir kemudiannya diiringi keluar dari dewan oleh pihak polis.
sumber
No comments: