Isteri kepada perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak terlibat dalam sebarang pembuat keputusan dalam polisi program Permata kerana beliau hanya merupakan penaung,dedah Putrajaya hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, peranan penaung tidak melibatkan sebarang isu pentadbiran, pengurusan kewangan dan beberapa program yang hanya diberikan kepada penjawat awam.
"Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung tidak terlibat sebarang pembuat keputusan berkaitan dengan sebarang polisi melibatkan program Permata," katanya dalam satu jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming.
Program Permata mencetuskan kontroversi kerana operasinya yang didakwa tidak telus meskipun menerima peruntukan besar setiap tahun. Ia diasaskan Rosmah yang dilantik sebagai penaung pada 2007.
Shahidan dalam jawapannya juga berkata, Permata menerima RM51.25 juta peruntukan tahun ini untuk semua programnya termasuk Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni dan 88 pusat kanak-kanak Permata negara .
Shahidan, antara menteri yang sering dilihat mempertahankan Rosmah, berkata isteri perdana menteri itu dilantik penaung Permata kerana peranan dan kedudukannya – menjadikan beliau dikenali di peringkat antarabangsa – kredibiliti serta pengaruh besar dalam pembangunan awal kanak-kanak dan perkembangan pendidikan remaja.
"Beliau ditugaskan menyokong, mempromosi dan memberi kesedaran dalam setiap program Permata.
"Sebagai penaung beliau berjaya mengambil alih Permata untuk ke peringkat tertinggi dan ini termasuk penghargaan antarabangsa dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak istimewa," katanya.
Bulan lalu, Rosmah dilaporkan berkata, program Permata antara lain, berjaya melahirkan remaja berdikari.
Pembangkang bagaimanapun lantang mengkritik program tersebut, menyatakan ia hanya ditujukan kepada kanak-kanak dari keluarga mewah.
sumber
No comments: