» » 'Pelan penstrukturan 1MDB tidak akan kembalikan berbillion wang rakyat M'sia yang telah hilang'


Pelan penstrukturan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini tidak akan menyelesaikan masalah syarikat tersebut, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, proses penstrukturan itu juga tidak menggembalikan sejumlah dana yang hilang daripada syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu.

"Pelan penstrukturan semula oleh menteri kewangan II tidak mampu memadamkan masalah 1MDB, menafikan fakta duit yang dipinjam 1MDB sudah hilang," kata Dr Mahathir di laman blog miliknya, www.chedet,cc hari ini.

Melalui atikel bertajuk "1MDB Restucture", Dr Mahathir berkata, sebahagian hutang itu mungkin sudah dibayar, namun jumlah tertentu akan kekal.

"Sudah pasti, penstrukturan semula itu tidak akan mengembalikan duit yang hilang," kata Dr Mahathir.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .