» » Pegawai atasan MARA ddakwa tipu beli hartanah RM65 juta di Australia


Seorang pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia, lapor akhbar The Age hari ini.

Dalam laporan eksklusifnya, akhbar Australia itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga mereka didakwa menawarkan harga lebih besar bagi memiliki bangunan Dudley International House, daripada harga A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.

Akhbar itu turut mendakwa pemaju bangunan itu di Australia mengeluarkan invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan "jururunding dan nasihat" daripada firma Malaysia.

Ia memetik seorang pemiutang Australia, ahli perniagaan John Bond yang memberitahu: "Pembelian itu menipu warga Australia dan melibatkan rasuah yang serius, tetapi tiada sesiapa pun dipertanggungjawabkan," katanya.

Percubaan The Malaysian Insider menghubungi Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa bagi mengesahkan laporan ini masih belum berjaya.

The Age turut berkata kumpulan warga Malaysia sama juga terlibat dalam pembelian pelbagai hartanah seperti blok pangsapuri dan pejabat di Melbourne bernilai A$80 juta.

Dudley International House merupakan sebuah asrama pelajar dibeli Mara, badan kerajaan yang memberi biasiswa dan pinjaman pendidikan kepada pelajar Bumiputera.

Bangunan lima tingkat itu yang terletak di pinggir bandar, East Caulfield, boleh menempatkan sehingga 115 pelajar Mara yang menuntut di Universiti Monash.

Menurut angka kerajaan, seramai 20,000 pelajar Malaysia menuntut di Australia setiap tahun, dan Melbourne merupakan antara destinasi popular.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .