» » PAC akan panggil MARA perjelaskan skandal pembelian apartment Australia


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi menjelaskan pembelian apartment di Sydney, Australia, kata pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed. 

Nur Jazlan berkata, pihak pengurusan Mara akan dipanggil secepat mungkin untuk menghadap jawatankuasa di bawah Parlimen itu.

"Kita akan panggil secepat mungkin, dan kita akan tulis surat kepada Mara," katanya ketika dihubungi, The Malaysian Insider hari ini.

Akhbar The Age dari Australis hari ini melaporkan, seorang pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia.

Dalam laporan eksklusifnya, akhbar Australia itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga mereka didakwa menawarkan harga lebih besar bagi memiliki bangunan Dudley International House, daripada harga A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.

Akhbar itu turut mendakwa pemaju bangunan itu di Australia mengeluarkan invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan "jururunding dan nasihat" daripada firma Malaysia.

Sehubungan itu, Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dijadualkan mengadakan sidang media esok, pada jam 10.30 pagi di bangunan Mara di ibu negara.

Memetik laporan portal Malaysiakini, Annuar dilaporkan berkata, beliau juga masih belum dapat menentukan sama ada perkara itu berlaku atau sebaliknya.

"Kita tak boleh kata ya, atau tak boleh kata tidak. Tapi esok saya akan beri satu kenyataan rasmi," katanya, memetik laporan tersebut.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .