» » 'OSA punca penguasaan politik kroni kuat di Malaysia'


Sekatan untuk mendapatkan maklumat dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) digunakan sebagai perisai kumpulan tertentu dan menjadi punca budaya politik kroni yang kuat di Malaysia, kata badan bukan kerajaan (NGO) anti- rasuah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel berkata, OSA turut menyebabkan budaya berahsia semakin meluas ia juga punca politik kroni menguasai pentadbiran negara.

"Apa yang sedang kita hadapi di sini bukan sahaja budaya kerahsiaan yang berleluasa tapi ia menyebabkan politik naungan, kita semua tahu politik kroni menguasai negara ini.

"Kita tahu mereka ini sangat kuat, malah syarikat kroni ini berlawan satu sama lain untuk mendapatkan kontrak," kata beliau semasa merasmikan laporan mengenai OSA, "Repeal, Review or Stay? Moving From Secrecy To Open Governance".

Dalam rumusan eksekutif yang dikeluarkan hari ini, C4 menyifatkan penggunaan OSA bukan sahaja bertujuan menjaga keselamatan negara tapi juga melindungi pegawai kerajaan dan penjawat awam terbabit dalam salah guna kuasa.

"Akta ini bukan sahaja alat untuk melindungi keselamatan negara, tapi melindungi pegawai kerajaan dan penjawat awam daripada penelitian awam dan akauntabiliti, walaupun dalam kes dalam kes rasuah, salah urus tadbir dan salah guna kuasa," kata laporan tersebut.

Gabriel menggesa keterbukaan khususnya dalam hak kebebasan mendapatkan maklumat demi memastikan ketelusan dalam usaha memerangi rasuah di Malaysia.

"Ini bagi meyakinkan bagaimana usaha memerangi rasuah sebenarnya membantu pengurusan lebih baik dalam perolehan dan membantu kerajaan dalam mengawal rasuah.

"Daya saing memberikan kelebihan kepada mereka yang jujur dalam mendapatkan kontrak projek menerusi permohonan dalam kontrak kerajaan," katanya.

Setakat ini, hanya tiga negara Asean yang menandatangani konvensyen hak untuk mendapatkan maklumat iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina, bagaimanapun Malaysia bersama-sama beberapa negara lain tidak menandatangani komitmen tersebut.

C4 dalam laporan itu turut menyarankan beberapa pindaan dalam OSA bagi memastikan keterbukaan dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

Antara pindaan dicadangkan ialah supaya OSA memberi kelonggaran terhadap dokumen bersifat "kepentingan awam" yang sepatutnya boleh didedahkan kepada orang ramai.

"Akta tersebut juga perlu dipinda dengan memasukkan pengecualian kepentingan awam, supaya maklumat tersebut walaupun ia diklasifikasikan sebagai 'rahsia rasmi', wajar didedahkan jika wujud kepentingan awam dalam pendedahannya," saran laporan itu.

Selain itu, C4 juga mencadangkan supaya hanya menteri dan pegawai kanan kerajaan diberikan kuasa dalam maklumat rahsia.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .