» » Nazri Aziz memaki-hamun kerana bengang pakaiannya dikritik


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengamuk gara-gara seorang pengguna Facebook mengkritik cara beliau berpakaian ketika menghadiri satu majlis.

Menggunakan laman sosial anaknya, Nedim, Nazri mengherdik pengguna Facebook, Suhairi Sujairi dan mempersoalkan siapa Suhairi untuk mempersoalkan cara beliau berpakaian.


“Sapa dia ni yang comment pasal my dressing? Sapa budak ni ,Aku daripada dulu macam ni pun ,rakyat dah pilih Aku 5 penggal pilihanraya Tak pernah kalah.

“Kalau hamlau ni rasa Dia Bagus sangat ,tak yah cakap banyak, Aku Tunggu Dia di Padang Rengas utk pilihanraya yang ke -14 ni ,kita tgk Padang Rengas nak Dia ke Aku?” soal beliau.


Nazri mengaku beliau sememangnya bersikap sombong terutamanya dengan individu-individu seperti Suhairi.

Malah, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, semua orang dapat menerima cara beliau berpakaian asalkan tidak telanjang.

“Dan tak payah nak comment Aku sombong,Aku Mmg Sombong dengan orang macam ni ! Peduli apa saya nak Pakai apa , semua orang tau saya sempoi ,jangan telanjang sudah,” katanya.

Gambar yang tersebar di laman sosial menunjukkan Nazri mengenakan baju t-shirt berkolar berwarna hitam dan bertopi di satu majlis yang dihadiri tetamu berketurunan Siam.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .