» »Unlabelled » 'Najib Razak tidak buli menteri berhubung isu sokong beliau dalam skandal 1MDB'


Laporan media yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuli menteri Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Dia macam ini, 1MDB adalah milik Kementerian Kewangan, jadi apabila Kementerian Kewangan, maknanya kita kena bertanggungjawablah iaitu bawa kepada Kabinet untuk memberi perakuan kepada apa yang akan dilakukan oleh 1MDB.

"Tidak timbul soal buli, tidak timbul," katanya.

Husni berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan Dialog Khas di RTM yang berjudul 1MDB: Di Mana Wangnya?

Diskusi berdurasi selama sejam bermula 9.05 malam di TV1 bersama 2 pengacaranya Shuhaimi Mohamed dan Sayed Munawar Sayed Mustar itu membincangkan secara mendalam mengenai pelaburan 1MDB dan perancangan kerajaan menyelesaikan hutang syarikat itu.

Sebelum ini, media melaporkan dakwaan tentang kenyataan Najib yang menggesa menteri yang masih tidak memahami isu pelaburan 1MDB meskipun keputusan bersama diputuskan, untuk melepaskan jawatan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .