Forum Nothing To Hide berada dalam suasana yang cukup aman damai tadi. Saya yang sampai sejak jam 7:45 pagi di PWTC tak nampak sedikit pun unsur-unsur yang boleh mencetuskan kekacauan atau menggugat ketenteraman awam!!
Amat menyedihkan insiden pagi tadi telah membuktikan kesuburan amalan demokrasi di negara kita telah dinodai. Ianya telah mencemarkan imej negara kita di kacamata dunia kerana ada juga pengamal media yang datang dari luar negara.
Dalam suasana yang tenang serta aman pihak berkuasa PDRM telah mengarahkan tun dr mahathir untuk berhenti berucap!! Kredibiliti polis agak tercemar kini!!
Dalam apa jua keadaan saya tetap katakan Dato Sri Najib sebagai 'bacul' dan penakut. Beliau sepatutnya hadir pada majlis ini demi kepentingan memberi pencerahan kepada rakyat jelata mengenai isu semasa.
Najib telah terlepas peluang keemasan untuk bersemuka dengan Tun Dr Mahathir bagi mengupas segala persoalan isu-isu yang sedang melanda negara kita dengan disaksikan oleh ribuan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan NGO secara 'live.'
Najib sepatutnya merebut peluang keemasan ini untuk membersihkan imejnya serta menyangkal segala tohmahan keatasnya.
Kegagalan Najib untuk hadir pada pagi ini di PWTC benar-benar menjatuhkan reputasi PM kerana keseluruhan rakyat menyatakan Dato Sri Najib takut untuk berhadapan dengan Tun Dr Mahathir secara bersemuka.
Sebab itulah Najib jangan cakap besar dan angkuh kononnya beliau adalah dari kalangan darah pejuang bugis. Kini apa dah jadi?? Di masa depan Najib jangan angkuh lagi!!
Mulai hari ini sekiranya Najib tidak berani untuk bersemuka dengan Tun Dr Mahathir secara professional dalam majlis rasmi yang dianjurkan secara terbuka; tolong jangan nak bersikap angkuh.




No comments: