Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada kritikan kerana tidak hadir dalam sesi dialog yang disertai Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Shahidan menegaskan Najib memang mahu hadir tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak membenarkannya atas alasan keselamatan.
Malah, kata Shahidan, beliau telah memberitahu perkara itu kepada Mahathir dalam pertemuannya di Kota Kinabalu dan dibalas dengan senyuman.
"Saya sebagai naib ketua Perkim saya ada bersama Tun Mahathir di Kota Kinabalu dan saya beritahu jawapan sama pada dia, dan dia hanya beri senyuman," kata Shahidan.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), yang tewas bersaing jawatan naib presiden partinya, sebelum ini mengejek Najib dengan mengaitkan dengan kekalahannya.
“Kalah pun dalam berjuang. Ada orang kalah dia mengaku pahlawan Bugis, tapi dengan orang tua umur 90 dia tak berani. Macam mana ini?
"Mengaku pahlawan Bugis, keturunan hulubalang, ini orang tua umur 90,” sindir Mahfuz, merujuk ucapan Najib sebelum ini.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum ini memberi alasan yang sama dengan Shahidan.
Dalam acara itu, Mahathir sempat mencuri pentas dan berucap ringkas sebelum diberhentikan dan diiring supaya beredar oleh pihak polis.
Pengkritik Najib mendakwa perdana menteri takut untuk berdepan dengan bekas pendahulunya itu.
sumber




No comments: