» » 'Muhyiddin Yassin pun tidak letak jawatan'


Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempersoalkan keperluannya meletak jawatan daripada Kabinet kerana mempersoalkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik syarikat sarat hutang itu juga tidak meletak jawata

Menteri pertahanan itu berkata, usaha untuk melaga-lagakan dirinya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berjaya dan pada masa sama menafikan akan meletak jawatan.

"Tidak timbul isu nak saya letak jawatan, keduanya mereka yang cuba nak melagakan kita atau nak membawa suatu isu berhubung kait saya dengan perdana menteri apa ke, percaya lah ia tidak akan berjaya.

"Kerana yang pentingnya, kalau nak cakap pasal letak jawatan TPM dah letak jawatan semalam," kata Hishammuddin pada sidang media yang diadakan di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Hishammuddin menyifatkan dakwaan mengenai peletakan jawatannya adalah suatu "spin negatif" yang dibuat pihak tertentu bertujuan mewujudkan pertelagahan dengan Najib, yang juga sepupunya.

"Saya masih di sini mempengerusikan mesyuarat kementerian saya.

"Saya rasa terdapat negatif spin terhadap isu tersebut," katanya.

Dua hari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Najib memberikan kata dua kepada mana-mana anggota Kabinet yang tidak menyokongnya dalam usaha memulihkan 1MDB untuk meletakkan jawatan.

Khabar angin mengenai peletakan jawatan naib presiden Umno itu tercetus susulan komen melalui akaun Twitter miliknya mengatakan persetujuan ke atas penstrukturan 1MDB perlu terlebih dahulu melalui tiga syarat, iaitu pelan rasionalisasi, akauntabiliti sekiranya berlaku kesalahan, dan ketelusan bagi kedua-dua perkara itu.

"Setuju dgn syarat 1) Rationalisasi 1MDB 2) Akauntabiliti sekiranya ada salah 3) Ketelusan 1) &2) di atas," kata Hishammuddin di laman Twitter miliknya @HishammuddinH20.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan dikatakan tidak menghadiri mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas kerana dikatakan berada di Singapura.

Namun, Hishammuddin pada sidang media hari ini sebaliknya memberitahu berada dalam mesyuarat Kabinet Jumaat lepas.

"Saya sebenarnya berada dalam mesyuarat pada Jumaat lalu," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .