Ketika timbul spekulasi terdapat perselisihan menteri-menteri berhubung pengendalian 1MDB, tiga anggota kabinet dilapor keluar daripada mesyuarat kabinet hari ini.
Memetik sumber, China Press melaporkan bahawa mereka ialah Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Shabery Cheek dan Khairy Jamaluddin.
Harian itu juga melaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan bilik mesyuarat selepas mesyuarat tamat.
Sumber itu berkata, biasanya menteri kabinet akan tinggal sebentar untuk berbincang lanjut berhubung keputusan kabinet.
Daripada empat menteri itu Shafie, Khairy dan Muhyiddin dikatakan menuntut ketelusan dalam isu 1MDB.
No comments: