» » 'Jutaan terima kasih pada Dr Mahathir kerana memartabatkan M'sia di mata dunia'


Seorang demi seorang selebriti terkenal dalam negara tampil menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang berselisih pendapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selepas Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan, Amy Search pula mengimbau perjuangan Mahathir sebagai “anak Melayu yang gigih mempertingkatkan martabat bangsa di mata dunia”.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman kelmarin menyiarkan ucapan yang pernah dimuatkan pada kulit CD sebuah albumnya pada 1996 dalam akaun Instagramnya.

Album Rock and Rock Pie itu memuatkan sebuah lagu berjudul “Satu Bangsa Satu Arah” sebagai tanda penghormatan kepada Mahathir yang bagi mereka mencipta kemajuan dan kecemerlangan negara.

“Lagu Satu Bangsa Satu Arah dicipta khas oleh kami (Search) sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin tercinta lagi dikagumi, juga perdana menteri Malaysia,” tulis Amy.


Seperti tajuknya, lagu itu menceritakan tentang perpaduan dalam kalangan anak muda sebangsa yang dambakan kedamaian.

Dalam ucapan itu, Amy Search menyeru bangsa Melayu meneladani peranan Tun Mahathir, anak Melayu yang gigih mempertingkatkan martabat bangsa di mata dunia.

Sebelum ini Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan turut tampil menyatakan kebersamaan mereka dengan Mahathir yang mengeluh beliau berseorangan menyatakan kritikan kepada Najib, terutamanya dalam isu 1MDB.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .